Perdana Menteri Pulang Dari Lawatan Sehari Ke China

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selamat pulang ke tanah air selepas menamatkan lawatan kerja sehari ke Nanning, China.

Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba dengan pesawat khas di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 11 malam.

Turut bersama ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Semasa di China, Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya, Wen Jiabao dan bersama-sama melancarkan Taman Perindustrian Qinzhou (QIP), satu projek usaha sama Malaysia-China di kawasan pantai wilayah Guangxi.

Selain itu, kedua-dua pemimpin telah menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara Qinzhou Development (Malaysia) Consortium Sdn Bhd dan Qinzhou Jingu Investment Co. Ltd. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan