Pencapaian Program Transformasi Anjakan Besar Dalam Sejarah Negara - TPM

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pencapaian kerajaan dalam melaksanakan program-program transformasi nasional telah memperlihatkan satu anjakan besar dalam sejarah pembangunan negara.

Beliau berkata kesemua hasil usaha kerajaan dalam tempoh tiga tahun sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat dilihat dengan ketara.

"Saya juga percaya tidak pernah berlaku di mana-mana negara di dunia, kerajaan bentangkan laporan secara telus dan terbuka tentang apa yang dilakukan... janji kita. Ini satu petanda kita serius hendak menentukan sasaran kita untuk jadi negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pembentangan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi 2011 oleh Perdana Menteri di Angkasapuri di sini, malam Isnin.

Muhyiddin berkata sebagaimana yang dibentangkan Najib, kerajaan mengiktiraf peranan besar semua pihak terutama rakyat jelata dalam membantu kerajaan melaksanakan program-program transformasi yang dirancangkan.

"Apa yang penting adalah harapan Perdana Menteri supaya rakyat terus bersama kerajaan. Kalau salah pilih maka apa yang kita rencanakan tidak dapat dicapai," katanya.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pula berkata hasil usaha kerajaan BN pimpinan Najib boleh dianggap sebagai garis panduan untuk masa depan, terutama daripada segi kesungguhan kerajaan memupuk semangat perpaduan dan mencapai kemajuan.

"Paling penting daripada segi pendapatan kerajaan dan rakyat telah dapat dicapai separuh daripadanya dan kita akan perhebatkan lagi menjelang tahun 2020. Kita harap rakyat akan buka mata dan mempunyai sistem pendengaran yang jelas supaya perjuangan kita benar-benar dirasai," katanya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata fokus kementeriannya selepas ini adalah bagi menangani persepsi masyarakat agar usaha kerajaan tidak dipandang ringan oleh mana-mana pihak.

"Kalau tidak diulang seperti yang Perdana Menteri buat tadi orang akan lupa, sengaja lupa atau cari benda-benda lain untuk menidakkan apa yang kita buat. Ini mesti diteruskan. Apa yang benar tetap benar dan kita akan pastikan momentum yang ada diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa," katanya.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam berharap agar pengumuman gaji minimum yang akan dibuat Perdana Menteri hujung bulan ini diterima baik oleh rakyat.

"Usaha ini dilakukan untuk menaikkan pendapatan sekurang-kurangnya 35 peratus pekerja berpendapatan rendah. Kita dah dengar rintihan majikan dan ambil kira semua pandangan... apa yang diumum nanti harap boleh diterima semua pihak termasuk majikan dan pekerja," katanya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bukan mudah untuk mengukur pencapaian sesebuah kerajaan dalam jangka masa yang pendek.

Namun, katanya laporan yang dibentangkan Perdana Menteri malam ini menunjukkan beliau telah mentadbir negara secara sistematik dan profesional dalam keadaan ekonomi global dan nasional yang begitu mencabar.

"Beliau beri keutamaan kepada kepentingan rakyat bukan saja dalam meningkatkan ekonomi tetapi juga keselamatan rakyat di merata tempat, sistem pendidikan dan kemudahan asas. Ini satu pendekatan yang kita yakin boleh capai kejayaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan