Pembangkang Didakwa Lebih Cenderung Berpolitik Daripada Berkhidmat Untuk Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: UMNO Selangor menyifatkan Pakatan Pembangkang yang memerintah Selangor tidak mempamerkan kesungguhan mereka untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan terbaik untuk rakyat sebuah negeri maju, seperti Selangor, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Sebelum 2008 Barisan Nasional menjalankan dasar membela rakyat sewaktu memerintah tetapi apabila Pakatan Pembangkang memerintah, mereka lebih cenderung kepada berpolitik dari menumpukan kepada soal perkhidmatan atau pembangunan, katanya.

Ini termasuk dalam isu pengurusan sisa pepejal dan pelantikan ahli-ahli majlis di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata Noh.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas menyertai kayuhan basikal bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini pada Ahad sempena Karnival Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Tanjong Karang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, antara musibah diterima rakyat Selangor sempena empat tahun Pakatan Pembangkang memerintah ialah banjir kilat yang melanda Ampang, dan Hulu Langat awal bulan ini dan Jumaat lepas di bandar Klang.

"Salah satu sebab saya percaya longkang dan sistem pengairan tidak diselenggara dengan baik. Sistem (pungutan) sampah kita dah buat elok dah, tapi nak buat cara sendiri sanggup beli lori 50 buah guna duit rakyat balik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan