Pasar Raya, Restoran Mamak Diberi Amaran Mengenai Logo Dan Sijil Halal Jakim

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebuah pasar raya dan sebuah restoran mamak di sini, pada Isnin diberi amaran oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung penggunaan logo serta sijil halal di premis masing-masing.

Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Adam Drahman, berkata pasar raya itu didapati meletak tanda logo halal Jakim bersaiz gergasi di bumbung premisnya sedangkan tidak semua produk yang dijual mempunyai tanda halal yang dikeluarkan oleh jabatan berkenaan.

"Apabila kami menjalankan pemeriksaan didapati hanya tiga bahagian di pasar raya ini sahaja yang mempunyai sijil halal Jakim iaitu di bahagian bakery, makanan yang siap dimasak dan daging seperti ayam, kambing dan lembu.

"Pasar raya itu didapati telah mempamerkan tanda logo halal Jakim gergasi di atas bumbung dan perbuatan itu boleh mengelirukan pelanggan. Justeru kami memberi amaran dan mengarahkan pihak pasar raya supaya menurunkan tanda logo halal itu," katanya dalam sidang media di sini, Isnin, selepas melakukan pemeriksaan di pasar raya dan restoran mamak terbabit bersama Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM).

Adam berkata pemeriksaan di pasar raya itu turut menemui daging keluaran sebuah syarikat tempatan yang tidak mempunyai logo halal tetapi syarikat itu menjelaskan bahawa ia baru sahaja memperoleh sijil halal daripada Jakim.

Mengenai pemeriksaan di restoran mamak itu, beliau berkata restoran terbabit didapati mempamerkan sijil halal milik syarikat lain yang telah tamat tempoh.

Adam berkata pemeriksaan juga mendapati restoran mamak itu tidak pernah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan sijil halal daripada Jakim.

"Kami mengarahkan supaya mereka segera memohon sijil halal daripada Jakim," katanya.

Ketika ditanya mengapa hanya amaran dikeluarkan terhadap pasar raya dan restoran mamak berkenaan, Adam berkata Jakim pada peringkat ini kedua-duanya diberi tempoh sehingga Jun ini untuk melaksanakan arahan Jakim, dan sekiranya mereka gagal berbuat demikian, Jakim akan meneruskan dengan peringkat seterusnya iaitu penguatkuasaan.

"Bermula Julai ini, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5 juta bagi kesalahan memperdayakan atau mengelirukan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan