PAS Mungkin Letak Calon Iban Di Sarawak Pada PRU-13

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: PAS bakal mencipta sejarah tersendiri sejak penubuhannya 62 tahun lepas dengan meletakkan calon Iban untuk bertanding di kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid mengesahkan yang pihaknya telah menyenarai pendek calon berpotensi dan seorang daripadanya ialah calon Iban yang dicadangkan bertanding di kerusi Parlimen Sibuti yang penduduknya majoriti Bumiputera.

Difahamkan calon Iban itu ialah profesional yang bekerja di Kuala Lumpur.

"Keputusan parti untuk meletakkan calon Iban dibuat berdasarkan trend pengundi pada pilihan raya negeri tahun lepas, kami dapati kami mendapat sokongan pengundi Iban," katanya kepada Bernama Isnin.

Beliau berkata, sebagai contoh apabila PAS bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Beting Maro tahun lepas, banyak pengundi Iban di situ mengundi calon PAS.

Beliau berkata dengan meletakkan calon Iban, ini akan menunjukkan parti itu adalah untuk semua kaum dan membuka laluan kepada PAS untuk memasuki pentas politik Sarawak.

"Bagi pilihan raya umum akan datang, PAS Sarawak merancang untuk bertanding sama ada di enam atau tujuh kerusi Parlimen di Sarawak," katanya.

Pada pilihan raya negeri tahun lepas, PAS bertanding di lima kerusi iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi kalah semuanya kepada calon Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum 2008, PAS mencipta sejarah tersendiri apabila meletakkan calon India Kumutha Raman bertanding di kerusi Parlimen Ulu Tiram.

Kumutha menjadi wanita bukan Muslim yang pertama diletakkan sebagai calon sejak PAS ditubuhkan pada 1951. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan