Najib Ucap Takziah Kepada PM Thailand

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HAT YAI: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat Thailand berikutan kejadian pengeboman yang berlaku di sini dan Yala Sabtu lepas.

Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Thailand berikutan tindakan segera untuk membantu rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu.

Ucapan Najib itu disampaikan menerusi Pegawai Tugas-tugas Khas beliau Datuk Latt Shahriman Abdullah yang menemui sendiri Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra di tempat kejadian pengeboman di sini.

Latt Shariman berkata Perdana Menteri melahirkan rasa kesalnya kerana kejadian seperti di sini berlaku di tempat yang aman dan menjadi tumpuan pelancong.

"Yingluck pula memberitahu saya bahawa kos rawatan bagi rakyat Malaysia yang terlibat akan ditanggung kerajaan Thai. Selain itu, kerajaan Thai juga akan menghantar mereka terus ke rumah mereka," katanya ketika ditemui di sini, Isnin.

Dalam kejadian pengeboman di sebuah hotel di sini yang dipercayai akibat letupan bom kereta, 10 orang termasuk seorang rakyat Malaysia maut manakala lebih 300 cedera termasuk 27 rakyat Malaysia.

Daripada 27 yang cedera itu, 10 menerima rawatan di tiga hospital di sini dengan dua orang sudah dibenarkan keluar semalam.

Latt Shariman berkata ketika pertemuannya dengan Yingluck itu,, Perdana Menteri cuba bercakap sendiri dengan Yingluck tetapi talian telefon ketika itu tidak begitu baik.

Katanya Yingluck memberitahunya beliau akan bertemu dengan Najib di Phnom Penh ketika Sidang Kemuncak Asean untuk melahirkan rasa kesal terhadap kejadian yang turut menimpa rakyat Malaysia itu.

Latt Shariman kemudiannya melawat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pengeboman itu di Hospital Songkhal Nagarind di sini bagi melihat keadaan mereka selain menyampaikan sumbangan.

Beliau turut melahirkan rasa simpati kepada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kejadian itu dan keluarga mereka.

"Takziah kepada keluarga mangsa dan simpati kepada mereka yang terlibat dalam kejadian dua hari lepas. Tak jangka kejadian seperti ini boleh berlaku. Ia sangat dikesali. Harap kerajaan Thai cari orang terlibat dan hadapkan ke muka pengadilan.

"Saya memberi jaminan kerajaan Malaysia akan membantu sedaya upaya rakyat Malaysia yang terlibat," katanya.

Sementara itu, wakil parti pemerintah Thailand, Pheu Thai di Provinsi Songkhla, Sawai Na Pathalung berkata pihaknya akan membantu rakyat Malaysia yang terbabit dalam insiden itu.

"Bagi jangka masa pendek, ia (insiden pengeboman) akan menjejaskan ketibaan pelancong dari Malaysia. Kami harap untuk pulih dengan cepat. Dalam soal ini, kami perlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan