Malaysia Bersedia Pastikan Kecekapan Ekosistem Halal - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia kini bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi mempastikan kecekapan ekosistem halal di negara ini dan mengambil kesempatan dari potensi komersil yang besar pasaran halal di rantau ini dan pada peringkat dunia.

Katanya Malaysia juga bersedia untuk mengukuhkan lagi program halal sedia ada dengan International Halal Integrity Alliance (IHI Alliance) bagi menyokong ekosistem itu.

"Evolusi halal, dengan ini tidak akan berakhir di situ. Bagaimanapun, penggunanya sentiasa berubah-ubah di segi rasa, keutamaan, dan nilai dari semasa ke semasa."

"Di tambah dengan ciri-ciri itu, kesan sosial media dan peralatan yang memperkasakan pengguna, kita sebenarnya berhadapan dengan dinamik yang kompleks," katanya semasa menyampaikan ucaptama membuka Forum Halal Sedunia di sini Selasa.

Bagi mengoptimumkan lagi potensi besar industri halal dunia dan bagi mengeksploitasi lagi produk dan perkhidmatan halal, wujud keperluan lanjut bagi memahami pelbagai aspek pensijilan halal dan memastikan keseragaman di dalam aplikasi standard dunia, katanya.

Hos Forum Halal Sedunia, IHI Alliance, telah menerbitkan standard halal yang merangkumi setiap sektor rantaian bekalan halal, dari aktiviti huluan seperti makanan haiwan, kebajikan haiwan, pengendalian dan penyembelihan hingga kepada sektor hiliran seperti pemprosesan makanan, kosmetik dan farmaseutikal.

Standard halal Alliance akan mempastikan integriti halal dikekalkan sepanjang rantaian bekalan yang tidak terputus, dari ladang hingga dihidangkan, katanya.

Muhyiddin berkata penjenamaan, pemasaran dan pengiklanan boleh dibuat khusus bagi merangsang perniagaan dan peluang hiliran.

"Perlu wujud kreativiti dan inovasi berterusan di dalam pembangunan produk dan perkhidmatan bagi meningkatkan lagi industri dan jenama halal," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan