Malaysia - Indonesia Meterai Perjanjian Kerjasama Aktiviti Perundangan

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Jabatan Peguam Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara Indonesia pada Isnin menandatangani perjanjian bagi kerjasama aktiviti perundangan dalam bidang kepentingan bersama termasuk dalam mengendalikan jenayah merentas sempadan yang memberi impak kepada kedua-dua negara.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menandatangani perjanjian itu bagi pihak Malaysia manakala Indonesia diwakili Peguam Negaranya Basrief Arief, pada majlis di Jabatan Peguam Negara Indonesia di sini.

Abdul Gani berkata perjanjian itu antara lain meliputi kerjasama dalam soal pendakwaan jenayah serius yang membabitkan warganegara di satu pihak di kawasan pihak satu lagi.

Beliau berkata ini termasuk di mana perlu, pemberitahuan mengenai pendakwaan ke atas pesalah, sekiranya boleh dilakukan, sebelum pertuduhan dirujuk atau sebaliknya dalam tempoh masa munasabah.

Ia juga termasuk pelantikan peguam bela oleh pihak mahkamah bagi pendakwaan jenayah yang melibatkan jenayah serius dan juga bagi keputusan mahkamah dibekalkan kepada pihak berkuasa relevan yang dipertanggungjawabkan, katanya.

Perjanjian yang dimeterai dengan Indonesia itu ialah yang keempat bagi Jabatan Peguam Negara Malaysia selepas memorandum persefahaman (MoU)ditandatangani dengan Uzbekhistan, Oman dan Mesir.

"Sepanjang 10 tahun saya menjadi Peguam Negara, saya telah menyaksikan jenayah merentas sempadan mengalami evolusi dengan bentuk-bentuk baru, meningkat dengan banyak dan impaknya yang nyata. Saya juga telah menyaksikan kreativiti dan kepintaran kumpulan jenayah terancang dalam usaha mereka melepaskan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

"Satu ketika dulu sudah memadai untuk mempunyai kepakaran dalam menangani jenayah serius seperti pembunuhan, dadah, penyeludupan dan pengubahan wang haram, hari ini kita perlu berdepan dengan keganasan antarabangsa, pemerdagangan manusia, penyeludupan manusia, penyeludupan hidupan liar dan juga jenayah ekonomi bagi mengaut keuntungan dan jenayah siber," kata Abdul Gani.

Atas sebab itu, katanya pada pertengahan 2009, beliau melaksanakan program khas iaitu menjalin hubungan kerjasama secara rasmi dengan Jabatan Peguam Negara di negara seluruh dunia menerusi perjanjian dan MoU yang serupa dengan yang dimeterai pada Isnin.

Bidang kepentingan bersama, katanya mungkin berbeza mengikut kepentingan dan keutamaan pihak-pihak tetapi matlamatnya ialah mewujudkan saluran untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan undang-undang mereka dalam meningkatkan kapasiti dan kemahiran pegawai masing-masing dan untuk menyediakan platform kondusif bagi menyelesaikan isu-isu dua hala daripada perspektif undang-undang, di mana boleh.

Basrief Arief pula berkata perjanjian kerjasama yang ditandatangani antara Indonesia dan Malaysia adalah berkaitan dengan persoalan undang-undang kerana pada masa ini jenayah merentas negara telah mengalami perkembangan luar biasa.

Katanya jawatankuasa bersama di antara kedua-dua belah pihak mengadakan mesyuarat petang ini untuk melihat permasalahan yang akan menjadi titik tolak bagi kedua-dua belah pihak melaksanakan kerjasama pada masa akan datang.

"Mungkin yang berkaitan dengan masalah warganegara Indonesia yang bermasalah, tenaga kerja Indonesia, penangkapan ikan secara haram, pembalakan haram, masalah terrorisme and dadah, inilah topik-topik yang akan menjadi perbicaraan kita ke depan," katanya.

Abdul Gani, semasa menjawab pertanyaan wartawan tentang kerjasama Malaysia terhadap orang buruan Indonesia berkaitan kes rasuah, telah memberikan jaminan bahawa Malaysia akan melaksanakannya jika ada permintaan dari Indonesia yang munasabah mengikut undang-undang yang patut dan adil.

"Kita tidak akan melindungi penjenayah dari mana-mana pun. Penjenayah dari Malaysiapun kita tidak akan melindungi," tegas beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan