Laporan Penambahbaikan Pilihan Raya Dibentang Di Dewan Rakyat Esok

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya akan dibentang untuk dibahaskan di Dewan Rakyat, Selasa.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata laporan berkenaan telahpun diedarkan kepada semua anggota Parlimen pada Isnin.

Bagaimanapun laporan berkenaan tidak boleh disiarkan sehingga ia dibentangkan Selasa, katanya pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin.

"Ahli-ahli Berhormat sekalian sepertimana yang dikehendaki oleh Peraturan 86(5) (Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat), oleh yang demikian sepanjang tempoh tersebut tidak boleh disiarkan sebelum jam 11.30 pagi hari Selasa, 3 April 2012," katanya.

Beliau berkata laporan itu akan dibentangkan oleh pengerusi jawatankuasa itu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, selepas sesi soal jawab pagi Selasa.

Jawatankuasa itu telah ditubuhkan selepas Dewan Rakyat meluluskan usul penubuhannya pada 3 Oktober tahun lepas bagi mengkaji dan menambah baik proses pilihan raya di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan