Konflik Di Selatan Thai Perlu Ditangani Secara Berhati-Hati - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata konflik dan keganasan yang melanda selatan Thailand perlu diselesaikan secara berhati-hati kerana apa yang berlaku di sana boleh memberi kesan kepada Malaysia.

Justeru, pendekatan "memperkayakan jiran" adalah satu strategi yang cocok dalam hubungan dua hala Malaysia-Thailand di mana Malaysia memakmurkan jirannya Thailand dan kemakmuran itu dikongsi bersama oleh kedua-dua negara, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Rapat 1Malaysia: Peranan dan Cabaran Dalam Merealisasikan Transformasi Negara yang dihadiri pensyarah dan pentadbir Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, Isnin.

"Jika masalah keamanan tidak dapat dibendung di sana, kita akan menghadapai masalah penghijrahan secara sah atau tidak sah," katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian letupan bom di Hat Yai dan Yala, dua bandar di selatan Thailand semalam yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan 500 yang lain.

Beliau berkata semasa lawatan sulung Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra ke Malaysia Februari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menekankan bahawa penyelesaian konflik di selatan negara jiran itu lebih sesuai menggunakan pendekatan menerusi program sosioekonomi daripada tindakan berbentuk ketenteraan.

Semasa pertemuan itu, Kuala Lumpur juga mengambil pendirian tidak berhajat untuk campur tangan di dalam soal dalaman dan politik Thailand, kata Ahmad Zahid.

"Kita telah menyarankan beberapa perkara antaranya untuk mengadakan peluang ekonomi yang lebih meluas untuk orang-orang Islam di selatan Thai, melaksanakan sistem pelajaran yang menggabungkan sistem madrasah dan sistem akademik, mentadbir masjid secara pentadbiran yang dilakukan di Malaysia, pengurusan dan pungutan zakat sebagaimana dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Beliau berkata setakat ini pelaksanaan program yang disarankan Malaysia dilaksanakan menerusi badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa agensi di Thailand tanpa penglibatan secara langsung oleh agensi di Malaysia.

"Kita tidak mahu campur tangan dalam soal politik Thailand namun kita cukup prihatin dengan apa yang berlaku di selatan Thai kerana kita rasakan bahawa keamanan negara jiran menjadi salah satu daripada pertahanan kita," katanya.

Beliau berkata perbincangan dua hala antara Kuala Lumpur dan Bangkok itu telah diterjemahkan dengan penghuluran biasiaswa oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kepada pelajar dari wilayah bergolak itu, untuk melanjutkan pelajaran mereka di Universiti Petronas.

Selain daripada itu, beliau berkata Malaysia juga akan melatih tenaga kerja dari Thailand dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melatih beberapa jururawat daripada selatan Thai di Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur.

Bahkan penuntut madrasah di selatan Thai juga diajar Bahasa Inggeris bagi menunjukkan sistem pelajaran di Malaysia boleh dikongsi oleh pelajar di Thailand, katanya.

"Islam di Malaysia tidak mengajar soal ekstremisme tetapi mengajar kesederhanaan, yang mahu dikongsi Malaysia dengan pemimpin agama di selatan Thai," tambahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan