Kerajaan Terus Lipat Ganda Usaha Kurang Kadar Jenayah - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata walaupun penurunan indeks jenayah yang dicatatkan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah menunjukkan trend signifikan, kerajaan terus melipatgandakan usaha memastikan kadar jenayah di seluruh negara menurun.

Sambil menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung prestasi cemerlang negara inisiatif mengurangkan jenayah, Hishamuddin berkata kerajaan tidak akan berada di zon selesa atau berpuas hati dengan pencapaian setakat ini.

Beliau berkata kejayaan ini hasil sumbangan dan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi berkaitan yang sentiasa berusaha memastikan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini dapat menjalani kehidupan dalam keadaan selamat, aman dan tenteram.

"PDRM juga telah bekerja keras untuk menambah baik dan menangani persepsi serta perasaan takut orang awam terhadap jenayah," katanya dalam satu kenyataan media mengulas Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 di Angkasapuri di sini, malam Isnin.

Hishammuddin berkata PDRM dan agensi-agensi berkaitan termasuk sukarelawan polis terlatih Angkatan Relawan Rakyat (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) sentiasa komited untuk mengekalkan prestasi dan pencapaian cemerlang yang dicapai di bawah NKRA Mengurangkan Jenayah.

"Ini terbukti sehingga berjaya meletakkan Malaysia ke kedudukan pertama negara paling selamat di Asia Tenggara selain kedudukan tangga ke-19 di peringkat dunia sebagaimana dilaporkan menerusi Indeks Keamanan Global (GPI) 2011," katanya.

"(Namun) kita sedar masih ada ruang untuk penambahbaikan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah ini terutama dalam meningkatkan kehadiran polis di kawasan-kawasan berisiko, memperkasa penglibatan anggota masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah serta memperkukuh kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk sama-sama turun padang membantu PDRM," katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus meningkatkan kehadiran polis dan agensi-agensi berkaitan di kawasan-kawasan panas di seluruh negara khususnya melalui aktiviti rondaan dan pada masa sama, PDRM akan memperhebatkan program Kepolisian Masyarakat di seluruh negara bagi mendapatkan sokongan dan penglibatan menyeluruh rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan