Jualan Kereta Terpakai Susut 20 Peratus Pada Januari & Februari

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jualan kereta terpakai di Malaysia susut kira-kira 20 peratus pada Januari dan Februari berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Presiden Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia Datuk Tony Khor menyifatkan penguncupan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh syarat pinjaman ketat Bank Negara Malaysia.

"Ada beberapa negeri mengalami penurunan sehingga 30 peratus. Jualan kereta baru dan terpakai juga berkurangan.

"Selain garis panduan baharu itu, faktor lain yang menjejaskan jualan ialah krisis hutang semasa di Eropah yang menjejaskan minat belian dalam kalangan pengguna," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Sistem Pindah Milik sementara oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha di sini, Isnin.

Sistem baharu itu membolehkan penjual kereta terpakai bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sesebuah kereta sehingga ia dijual kepada pihak lain.

Khor berkata jumlah jualan kenderaan terpakai pada Januari dan Februari meningkat kepada 192,000 unit berbanding 187,000 dan 174,000 yang direkodkan pada 2010.

"Bagaimanapun, jumlah jualan kenderaan tidak mewakili perniagaan kereta terpakai. Ini disebabkan jumlah jualan termasuk motosikal, teksi dan kenderaan komersil.

"Pada kebiasaannya kereta akan menyumbang 40 peratus daripada jumlah jualan. Bagaimanapun, kami tidak mempunyai sistem yang lengkap bagi memantau jualan dan pembelian kereta terpakai kecuali data yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, sekaligus kami tidak mempunyai angka yang tepat," katanya.

Khor berkata setiap tahun, antara 450,000 dan 500,000 kereta terpakai dijual di Malaysia.

Beliau berkata terdapat kira-kira 5,000 peniaga kereta terpakai di seluruh negara dengan 60 peratus daripadanya berdaftar dengan persatuan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan