Isi Rumah Berpendapatan Rendah Dan Sederhana Kini Nikmati Kehidupan Lebih Baik

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menyedari peningkatkan kos sara hidup yang ditanggung rakyat, kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi memastikan rakyat terutama mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan terbeban dengan kos kehidupan yang meningkat.

Tumpuan diberi kepada bidang yang memerlukan perbelanjaan yang lebih di kalangan isi rumah seperti perumahan, pengangkutan dan utiliti; serta pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Menurut Laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, pelbagai program diperkenalkan di bawah tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Menangani Kos Sara Hidup dengan matlamat untuk mengurus peningkatan kos makanan dan barangan keperluan lain serta membangunkan strategi untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup terhadap rakyat.

Antara program yang diperkenal di bawah NKRA ini ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Kewangan Persekolahan, Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M), Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia.

Menurut laporan itu, program BR1M yang merupakan bantuan kewangan sebanyak RM500 itu telah membantu kira-kira 5.2 juta atau 75 peratus isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Pemberian bantuan itu yang bermula pada Januari mendapat sambutan baik di seluruh negara dengan kira-kira RM2.6 bilion diperuntukkan bagi tujuan itu.

Dalam sektor pendidikan, sejumlah 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah menerima bantuan kewangan RM100 seorang bagi meringankan beban ibu bapa pada permulaan sesi persekolahan. Sebanyak RM530 juta diperuntukkan untuk bantuan itu.

Bagaimanapun, usaha paling ketara diambil kerajaan ialah pemansuhan yuran sekolah yang menjadikan pendidikan awam di negara ini percuma mulai tahun persekolahan 2012, kali pertama dalam sejarah pendidikan di Malaysia.

Pengumuman bantuan persekolahan dan pemansuhan yuran itu memberi kelegaan kepada ibu bapa terutama mereka yang mempunyai ramai anak yang bersekolah kerana ia membantu mengurangkan beban mereka dalam membeli peralatan persekolahan yang lain.

Tanpa mengenepikan mereka yang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam, Matrikulasi dan institusi pengajian tinggi selepas tamat persekolahan, penuntut ini diberi baucar buku bernilai RM200 di bawah inisiatif BB1M, membabitkan peruntukan kira-kira RM260 juta.

Sehingga kini, 1,250,715 penuntut menerima baucar itu.

Dalam membantu kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah, kerajaan membuka 27 kedai KR1M di seluruh negara untuk membantu mereka membeli pelbagai barangan keperluan di bawah jenama 1Malaysia pada harga yang murah.

Walaupun dipolitikkan oleh pembangkang yang mendakwa kedai itu menjual barangan berkualiti rendah, KR1M sebenarnya mendapat sambutan di kalangan rakyat dan ia terbukti apabila barangan yang dijual di kedai itu sentiasa habis.

Selain itu, Menu Rakyat 1Malaysia juga diperkenalkan dengan pakej menu berharga RM2 untuk sarapan pagi dan RM4 untuk set makan tengah hari bagi memberi pilihan makanan dengan harga yang mampu untuk rakyat terutama di Lembah Klang.

Bermula 2010 hingga Julai 2011, kerajaan membelanjakan sejumlah RM36.7 bilion untuk memberi subsidi dan pelbagai bentuk bantuan lain kepada rakyat dalam inisiatif lain di bawah NKRA atau program lain.

Melangkah ke tahun 2012, kerajaan akan melancarkan lebih banyak inisiatif dengan faedah yang lebih daripada apa yang telah diberi sebelum ini.

Laporan itu berkata kerajaan akan membangunkan Indeks Sara Hidup yang dinamik yang akan bertindak sebagai panduan utama dalam membuat keputusan berkaitan dasar dan peruntukan belanjawan.

Sebanyak 50 lagi Klinik 1Malaysia akan diperkenal, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 100. Dengan pembukaan klinik-klinik baru itu, lebih ramai rakyat Malaysia terutama daripada kalangan isi rumah berpendapatan rendah boleh mendapatkan rawatan di klinik itu dengan kos hanya RM1.

Selain itu, lebih banyak kedai KR1M dirancang di seluruh negara dan kerajaan juga menggalakkan lebih banyak premis makanan, termasuk pengusaha gerai makan untuk menyertai program Menu Rakyat 1Malaysia.

Mereka yang berpendapatan sederhana dan tidak mampu memiliki rumah yang mahal, tetapi pada masa sama tidak layak untuk membeli rumah kos rendah pula, kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan memperkenalkan PR1MA atau Projek Perumahan 1Malaysia.

Laporan itu berkata kerajaan akan meneruskan sasarannya menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.

Matlamat utama ialah meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia supaya semua boleh menikmati kehidupan yang lebih berkualiti seperti yang dialami di negara maju, kata laporan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan