GTP: Malaysia Selangkah Di Hadapan Amerika Dalam Ketenteraman Dan Keselamatan

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam mengurangkan kadar jenayah, berjaya menghasilkan keputusan positif, antaranya meletakkan Malaysia selangkah di hadapan Amerika Syarikat dalam Ketenteraman dan Keselamatan, dalam penilaian oleh Indeks Kedaulatan Undang-undang 2011, World Justice Project (WJP).

Menurut Laporan Tahunan GTP 2011, Malaysia diletakkan pada kedudukan ke-12 daripada 66 negara yang diliputi di bawah penilaian WJP dalam Ketenteraman dan Keselamatan.

WJP meletakkan Malaysia di hadapan Amerika Syarikat (kedudukan ke-13), disusuli Britain, Belgium dan Perancis.

Laporan tahunan itu menyebut WJP turut menempatkan Malaysia sebagai paling selamat dalam kalangan 19 negara berpendapatan menengah atas.

Laporan itu menarik perhatian bahawa kejayaan itu hasil usaha keras kerajaan untuk membasmi jenayah di negara ini di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ekoran kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan kadar jenayah.

Pada 2010, era baharu dalam memerangi jenayah bermula dengan inisiatif seperti memperkukuhkan pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan undang-undang, melengkapkan pasukan terbabit dengan kemudahan dan peralatan yang lebih baik, menempatkan 496 kamera CCTV di kawasan berisiko tinggi dan kawasan panas jenayah.

Melaksanakan kehadiran sepanjang masa (di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor dan Johor) dan Program Bandar Raya Selamat di 12 majlis perbandaran, selain menyediakan kaunseling kepada remaja dan komuniti.

Tahun 2010 turut menyaksikan Pengurangan Jenayah NKRA yang banyak mencatatkan keputusan memberangsangkan termasuk penurunan dalam jenayah jalanan (ragut, rompakan tanpa senjata api dan rompakan berkumpulan tanpa senjata api) yang berkurangan 35 peratus.

Selain itu, Indeks Jenayah (Jenayah Harta Benda: mencuri, curi kenderaan, pecah rumah dan Jenayah Keganasan: rompak, serang, rogol dan bunuh) pula berkurangan sebanyak 15 peratus.

Pada 2011, buat julung kalinya tahap kerjasama dijalin melibatkan polis dan tentera (Strategi Lautan Biru) dan agensi penguatkuasa undang-undang termasuk 3,931 anggota Rela dan 1,607 Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang dilatih sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.

Di bawah strategi itu, 300,000 lagi anggota JPAM dan Rela turut terlibat membantu polis.

Selain itu, 300,000 orang ditugaskan di bawah Skim Rondaan Sukarela (SRS) untuk memerangi jenayah menerusi rondaan malam di kawasan perumahan dan 460,000 anggota masyarakat yang berdaftar pula menjadi 'mata dan telinga' polis di bawah program Rakan Cop.

Bagi pasukan polis, tambahan 21,624 anggota polis ditugaskan di 57 kawasan panas untuk memerangi jenayah dengan dilengkapi 90 stesen polis bergerak dan 812 motosikal polis yang baharu untuk meningkatkan kehadiran mereka di jalanan.

Pengurangan seterusnya dicatatkan dalam jenayah jalanan iaitu daripada 38,030 kes pada 2009 kepada 22,929 kes pada 2011 yang mencatatkan pengurangan 15,101 kes atau 39.7 peratus kes ragut, rompakan tanpa senjata api dan rompakan berkumpulan tanpa senjata api.

Indeks Jenayah juga turun 11.1 peratus, daripada 177,520 kes pada 2009 kepada 157,629 kes pada 2011, apabila program meningkatkan kehadiran polis diperluaskan dengan jayanya ke Sabah dan Sarawak.

Penambahbaikan dalam sistem penyampaian pasukan barisan hadapan kepada masyarakat turut diberi penekanan menerusi inisiatif penarafan perkhidmatan pelanggan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilaksanakan di 85 balai polis di seluruh Selangor.

Kaji selidik yang dijalankan oleh TNS Reseach International menunjukkan peningkatan tahap kepuasan masyarakat meningkat daripada 13.9 peratus kepada 70.5 peratus tahun lepas.

Polis turut memerangi jenayah dalam mencegah kecurian kereta di bawah Ops Rentap yang dijalankan pada Januari, Febuari dan Oktober tahun lepas yang membawa kepada 1,552 orang ditahan, 665 kenderaan dirampas dan 30 orang didakwa.

Dalam Ops Lusuh, yang memberi tumpuan kepada kecurian peralatan dan kabel, 297 orang ditahan, 227 rampasan dilakukan dan 48 pelaku didakwa tahun lepas.

Dalam Ops Lejang untuk mencegah kecurian motosikal 1,900 orang ditahan, 993 motosikal dirampas dan 112 orang didakwa.

Bagi Ops Pintu untuk mencegah pecah rumah polis menahan 854 orang, melakukan 461 rampasan dan melakukan 117 pendakwaan.

Pada 2011 polis menggunakan Peranti Penerimaan Kad Mudah Alih (MCAD) dengan 1,100 peranti MCAD disediakan untuk memeriksa pendaftaran kenderaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan