GTP Bawa Hasil Ketara Kepada Seluruh Rakyat - Najib

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Transformasi Kerajaan (GTP) membawa banyak manfaat kepada rakyat di seluruh negara, manakala kesannya terhadap negara pula, sungguh mengagumkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam nada rendah hati tetapi penuh gembira, Najib berkata GTP sekali lagi membuahkan hasil seperti yang diharapkan apabila kesemua tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memberi kesan positif terhadap kehidupan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kedudukan sosio-ekonomi mereka, di samping menepati ideal yang terkandung dalam 1Malaysia.

"Pada 2011, GTP sekali lagi menepati janjinya untuk membawa transformasi. Kita mencatat pencapaian kukuh dalam semua bidang, malah dalam sesetengah kes, bukan sekadar mencapai sasaran yang ditetapkan, tetapi melebihi matlamat serta kejayaan asal yang ingin dicapai GTP.

"Ringkasnya, pada 2011, jentera kerajaan mengekalkan momentumnya, bergerak dengan lebih lancar, pantas dan lebih cekap dalam menyampaikan hasil ketara kepada pihak yang ada kepentingan - rakyat Malaysia," katanya dalam prakata Laporan Tahunan GTP 2011 terbitan Jabatan Perdana Menteri.

Tujuh NKRA berkenaan ialah Mengurangkan Jenayah, Memerangi Rasuah, Menambah Baik Pencapaian Pelajar, Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Menambah Baik Infrastruktur Asas Luar Bandar, Menambah Baik Pengangkutan Awam Bandar dan Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup.

Najib berkata GTP membawa kehidupan yang lebih baik untuk rakyat di bandar dan luar bandar, dengan kadar serta kemantapan yang kukuh.

"Pencapaian pada 2011 juga mencerminkan bahawa hasil yang dikecapi pada tahun sebelumnya bukan suatu kebetulan. Malah, ia membuktikan keberkesanan perancangan strategik dan kesungguhan kerajaan untuk mencapai sasaran serta hasil yang diharapkan untuk rakyat," kata beliau.

Perdana Menteri berkata dalam semangat penuh ketelusan, kebertanggungjawaban dan membuat pembentangan yang tidak bersifat berat sebelah, laporan GTP ini menghidangkan secara telus tentang pencapaian dan kelemahan, pengajaran penting yang dipelajari serta perancangan kerajaan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

Sejajar dengan itu, beliau mengalu-alukan maklum balas, kritikan membina dan syor daripada orang ramai tentang cara untuk menambah baik usaha yang perlu dilaksanakan melalui GTP apabila kerajaan memperhalusi sasarannya ke arah mencapai hasil yang lebih baik pada 2012 dan tahun-tahun berikutnya.

Beliau berkata ketika memberi pandangannya tentang kemajuan GTP, sebuah panel bebas yang dianggotai pakar antarabangsa menegaskan bahawa program itu membawa kebaikan dan memacu transformasi sebenar seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Katanya GTP mencapai sesuatu yang dianggap mustahil apabila idea untuk mewujudkan perubahan dalam tempoh yang singkat sebelum ini dianggap tidak mungkin dapat dicapai.

"Dan, ia dicapai tanpa melibatkan belanjawan yang terlalu besar atau sumber yang mahal. Sebaliknya, ia adalah hasil daripada kesungguhan dan komitmen perkhidmatan awam, yang disokong pelan tindakan yang tepat, matlamat yang berorientasikan hasil serta fokus yang bertumpu kepada rakyat untuk membawa perubahan," katanya.

Perdana Menteri berkata GTP mendapat pujian para pakar yang dihormati dalam bidang tertentu dan pemimpin negara membangun serta maju kerana keterangkumannya yang menyeluruh, pendekatan yang tidak bersifat konvensional dan kesan transformasi yang dihasilkannya.

"Mereka juga memuji cara kerja-kerja awal GTP yang meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam, hingga boleh dijadikan subjek dalam kajian kes.

"Di samping memberi manfaat kepada rakyat, GTP mengubah cara kerajaan bekerja dengan berkesan - menjadikan kami lebih telus, bertanggungjawab, cekap dan berorietasikan perkhidmatan. Apabila saya menyebut pada 2011 bahawa era "kerajaan paling tahu" sudah berakhir, saya menyatakannya dengan penuh kesedaran tentang perkara itu," kata beliau.

Najib berkata GTP menjadi bukti tentang betapa perlunya kerajaan mengamalkan budaya mesra rakyat, berfungsi sebagai sebuah organisasi yang proaktif serta mengutamakan kepentingan rakyat.

Katanya secara menyeluruh, GTP merupakan sebuah rancangan yang meliputi tempoh sembilan tahun dan terbahagi kepada tiga ambang masa, yang masing-masing meliputi tiga tahun, manakala ketika ini, Malaysia masih berada di ambang pertamanya (2010-2012) dan oleh itu, segala usaha perlu disempurnakan sebelum 2020.

Perdana Menteri berkata walaupun beliau menjangka laluan yang akan ditempuhi amat mencabar berikutan suasana ekonomi dunia yang penuh bergelora, namun momentum untuk mencapai kejayaan besar akan terus terpelihara dan tidak menggugat cita-cita Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju yang harmoni, makmur serta berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Dalam kita meneruskan perlumbaan ini dengan penuh berhemah dan melakar kejayaan kukuh serta bersatu-padu melalui 1Malaysia, kami akan pastikan, secara menyeluruh, Malaysia akan melepasi garis penamat perlumbaan itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan