Gangguan Bekalan Air Di Ibu Negara, Petaling Dan Hulu Selangor

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan sementara bekalan air bermula 10 hingga 13 April ini.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor ASdn Bhd (SYABAS) Abdul Halem Mat Som berkata gangguan itu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan oleh kontraktor mereka.

Antara kawasan yang terlibat di wilayah Petaling termasuk di Desa Tun Razak iaitu di Jalan 1/118C hingga Jalan 11/118C dan Taman Desa Tasik, manakala di Kuala Lumpur iaitu di TUDM Sungai Besi, JKME dan Kuarters JKR, Jalan Sungai Besi Batu 4 1/2, Taman Taynton View, Taman Mutiara, Taman Supreme Jaya dan Taman Bukit Hijau.

Dalam kenyataan di sini, Isnin, Abdul Halem berkata gangguan itu dijangka bermula pukul 8 malam pada 10 April hingga pukul 5 pagi keesokannya.

Katanya, gangguan adalah disebabkan kerja penggantian dua unit Injap Kupu-kupu 800mm diameter berdekatan dengan Kolam Air Sungai Midah.

"Manakala gangguan bekalan air dijangka berlaku di seluruh kawasan Jalan Anggerik, Jalan Seroja, Jalan Kemboja, Jalan Bakawali dan Jalan Telipot di wilayah Hulu Selangor bermula pukul 10 malam pada 11 April ini hingga ke 6 pagi keesokan harinya.

"Ini disebabkan kerja-kerja penggantian satu unit Injap kupu-kupu 600mm diameter pada Paip Outlet Kolam Air Menara (A) Bukit Sentosa 2, Hulu Selangor yang menjejaskan bekalan air di kawasan itu," katanya.

Menurut Halem, gangguan bekalan air turut dijangka berlaku di beberapa kawasan lain di ibu negara bermula pukul 9 malam pada 13 April (Jumaat) hingga 5 pagi keesokan harinya.

Antara kawasan yang terlibat iaitu di Taman Sri Delima, Taman Batu, Taman Lawa, Taman Sejahtera, Kampung Pasir, Kampung Segambut Permai, Kampung Segambut Luar, Taman City, Taman Kok Lian, Kem Batu Ketomen, Taman Impian, Taman Eastern, Taman Rainbow, Jalan St. Thomas, Jalan Khalsa, Taman Pelangi, Kampung Muthiah, Kampung Shak Mah, Kampung Bandar Dalam, Kampung Chubadak Dalam, Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Chubadak Tengah; Kampung Chubadak Jaya, Kampung Chempedak, Kampung Chempedak Hilir; Kampung Puah; Kampung Puah Seberang dan Kampung Puah Bahagia.

"Manakala turut mengalami gangguan iaitu di Taman Sentul Jaya, Taman Sentul Endah, Taman Sentul Bahagia, Taman Sentul Permai, Taman Dato Senu, Taman Sentul Pasar, Taman Bamboo, Taman Kaya, Kawasan Perindustrian Segambut, Taman Segambut Indah, Kampung Batu, Kampung Batu 5, Kampung Seri Batu, Kampung Delima, Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5, Jalan Cenderuh, Jalan Kuala Kangar, Jalan Vethavanam dan Kampung Kovil Hilir," katanya.

Katanya, gangguan di kawasan tersebut disebabkan kerja-kerja penggantian dua unit injap kupu-kupu 600mm diameter di Jalan Kucing dan Jalan Jambu Mawar di ibu negara.

Abdul Halem menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

Menurutnya pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan> dan hantar kepada 39222. Katanya, maklumat mengenai situasi bekalan air berkenaan juga boleh diperolehi dari laman sesawang Syabas di http://www.syabas.com.my, www.syabas.com.my, http://www.twitter.com/puspel, www.twitter.com/puspel atau Facebook dengan menaip puspel atau puspel syabas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan