ETP Satu Marathon, Bukan Pecutan - Idris Jala

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia melakar permulaan yang hebat dalam usaha mengubah dirinya menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, mengatasi sasaran yang ditetapkan tahun lepas.

"Kita sudah buktikan kita mampu menghasilkan keputusan yang pantas. Bagaimanapun ia adalah marathon dan bukan pecutan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Senator Datuk Seri Idris Jala.

Masih ada sembilan tahun lagi dan semua pihak dalam sektor swasta dan awam mesti terus fokus dalam merealisasikan matlamat transformasi Malaysia, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemandu sempena pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011, malam Isnin.

Kesemuanya, enam langkah reformasi dan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sudah dilaksanakan, katanya.

Beliau berkata sasaran 10 tahun Program Transformasi Ekonomi (ETP) sudah ditentukan dengan jelas : RM1.4 trilion pelaburan bagi menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM1.7 trilion dan mewujudkan 3.3 juta jawatan penting menjelang 2020.

Ini diterjemahkan sebagai PNK perkapita US$15,000 dan melonjakkan Malaysia sebagai negara berstatus berpendapatan tinggi, katanya.

Beliau berkata bagi memastikan ketelusan dan ketepatan dalam Laporan Tahunan ETP 2011, PricewaterhouseCoopers, firma audit bebas, dipilih untuk mengaudit prosedur.

Pada tahun pertama pelaksanaannya, momentum yang diwujudkan oleh ETP menghasilkan kesan besar serta-merta ke atas ekonomi dengan pelaburan swasta melepasi sasaran 2011 sebanyak 13 peratus untuk mencecah RM94 bilion dan PNK sebanyak empat peratus atau RM830 bilion.

Keyakinan yang dicetuskan oleh ETP juga menyumbang kepada peningkatan pelaburan langsung asing sebanyak 12.3 peratus pada 2011 berbanding RM32.9 bilion pada tahun 2010, pencapaian tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Dagangan berkembang 8.7 peratus kepada RM1.27 trilion tahun lepas sahaja, kata Pemandu.

"Mengenai pembiayaan awam, kerajaan mengutip RM25.3 bilion cukai tambahan hasil daripada peningkatan kecekapan. Defisit pada tahun 2011 sebanyak 5 peratus KDNK, mengatasi unjuran 5.4 peratus. Saya yakin kita mampu mencatat matlamat bajet difisit 4.7 peratus tahun ini," kata Idris Jala. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan