Berjuta-Juta Rakyat Malaysia Nikmati Faedah Ketara Daripada GTP

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berjuta-juta rakyat Malaysia yang menjadi sasaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) sudahpun menikmati faedah ketara dalam hidup mereka hasil daripada program tersebut.

Laporan Tahunan GTP 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, menyebut bahawa menerusi penyampaian secara 'pengalaman dalam hidup', program berkenaan dapat meyakinkan mereka yang begitu sinis bahawa menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), usaha transformasi ketara itu sebenarnya telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.

"Setakat ini pelbagai pihak telah mengulas bahawa GTP adalah salah satu program tranformasi paling komprehensif yang dijalankan oleh mana-mana kerajaan.

"Dengan cara mendekati mereka yang berkepentingan di makmal dan di hari-hari terbuka sejak dari awal lagi dengan mengajak mereka menerima inisiatif sehinggalah melaporkan bagaimana inisiatif itu disampaikan kepada mereka, menjadikan GTP satu-satunya program transformasi yang sebenarnya tetap mencapai tujuan," kata laporan itu.

Laporan itu berkata GTP bukan sahaja memperoleh markah rencam yang cemerlang bagi 2010 dan 2011, di mana program telah melebihi pencapainnya - mengatasi 100 peratus iaitu tambahan sampai 36 peratus di tahun 2011 dan 21 peratus pada 2010.

Hasilnya telah diaudit dan diperiksa secara bebas, yang membuktikan bagaimana berkesannya GTP itu sebagai pendahuluan kepada kemajuan dan perubahan untuk negara, kata laporan itu.

"Sebenarnya, ia merupakan tempoh dua tahun pembaikan tanpa tandingan, dengan idea baru, inovasi, pemanduan, keazaman, pengorbanan dan terutama sekali kejayaan dan suatu pembuktian," kata laporan tersebut.

Laporan itu menyatakan dengan adanya markah rencam lebih 100 peratus bagi setiap NKRA dan sejumlah RM700 juta penjimatan diperolehi, kerajaan menunjukkan bahawa ia berkeupayaan melangkah seterusnya ke arah menjadi jentera yang lebih tangkas.

Laporan itu menyebut bahawa menerusi perkongsian pengetahuan dan kerjasama semua kementerian dan dalam banyak perkara dapat menghapuskan sepenuhnya rintangan serta birokrasi, GTP telah membentuk minda penjawat awam ke arah budaya perkhidmatan awam yang berasaskan hasil dan untuk berkhidmat semata-mata.

"Yang lebih penting lagi, dengan memberi perubahan tranformasi yang sebenar kepada pelbagai golongan rakyat Malaysia, GTP menunjukkan ia dapat dijadikan pemangkin memandu Malaysia ke arah cita-cita menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi," kata laporan itu.

Semasa GTP masuk ke tahun 2012, yang menandakan berakhirnya Horizon 1 rancangan berkenaan, kerajaan akan terus menerapkan Methodologi Keputusan Besar Cepat.

Dengan adanya kerajaan terus menetapkan sasaran yang lebih tinggi bagi mencapai kejayaan dan bersiap meningkatkan usaha membawa kepada perubahan yang dihasratkan, ia jujur dan beriltizam menjayakan tranformasi sebenar dengan meletakkan Malaysia bersedia menghadapi Horizon 2.

Laporan itu menyebut bahawa struktur ekonomi seharusnya bergerak selari dengan Model Baru Ekonomi ke arah sektor-sektor nilai tambah yang lebih tinggi manakala daya pengeluaran sektor swasta ditingkatkan lagi melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Menurut laporan itu, orang ramai mesti terus berusaha bersama kerajaan dengan membuat pembaikan yang diperlukan negara ini kerana masa depan mereka adalah saling bergantungan.

"Rakan-rakan kita di seluruh dunia ingin mempelajari daripada pengalaman Malaysia. Pada Seminar Keputusan Besar Cepat 2011, lebih 50 wakil dari 14 negara tampil untuk mengetahui tentang metodologi transformasi yang dilakukan oleh Malaysia.

"Perwakilan dari negara maju dan sedang membangun memperakukan dan mengakui berkesannya GTP dan ETP dalam menghasilkan keputusan besar yang cepat," kata laporan itu.

Dalam pada itu, laporan itu menyebut bahawa kerajaan memandang ke hadapan di tahun-tahun yang akan datang dengan yakin dan menyeru rakyat Malaysia supaya turut bersama kerajaan dalam memandu ke arah perubahan transformasi yang penting bagi negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan