Beberapa Inisiatif Diperkenal Bantu Ringan Beban Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif yang mampu membantu meringankan beban rakyat dalam menangani masalah peningkatan kos sara hidup, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe , Isnin.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat ini termasuk memberi subsidi dan mengawal harga serta memastikan bekalan barang kawalan termasuk barangan keperluan.

"Barangan keperluan seperti gula, tepung gandum, minyak masak, beras dan juga bahan api tetap dikawal menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya ketika menjawab soalan Che Uda Che Nik (PAS-Sik) yang ingin tahu kesan dan langkah kerajaan mengatasi masalah kadar kenaikan harga barang utama terhadap penduduk miskin bandar dan luar bandar.

Menurutnya kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia merupakan inisiatif yang diharapkan dapat mengawal kenaikan harga barang runcit agar pengguna yang berpendapatan rendah masih mampu membeli berdasarkan kepada kemampuan dan keperluan mereka.

Kementerian juga akan meneruskan projek pengedaran barang keperluan agar penduduk pedalaman dapat menikmati harga barang kawalan pada harga berpatutan.

"Barangan seperti gula, tepung gandum, minyak masak, dan bahan api akan terus diedarkan di kawasan pedalaman di seluruh negara terutama Sabah dan Sarawak.

"Selain itu, kementerian menjalankan kempen kuasa pengguna yang mendidik mereka untuk mempraktik kuasa dalam membuat pilihan barangan," katanya.

Tan berkata pengawalan harga barang semasa musim perayaan juga dipertingkatkan supaya harga barang kawalan utama seperti daging, ayam, telur, bawang dan sayur-sayuran mencukupi dan ditawarkan pada harga ditetapkan.

"Kami juga mengadakan sesi dialog dan perbincangan secara berkala dengan industri berkaitan bagi menerangkan isu kenaikan harga dan meminta supaya industri tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara keterlaluan," katanya.

Kementerian turut mengarahkan 1,900 pegawai penguat kuasa untuk menjalankan pemantauan sepanjang masa dan seramai 1,300 pegawai ditugaskan untuk memantau harga di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan