AirAsia Muncul Sebagai Syarikat Penerbangan Paling Banyak Di 'Tweet'

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia dinamakan sebagai syarikat penerbangan paling banyak di "tweet" di dunia dalam ruang perangkaian sosial, Twitter.

AirAsia mendapat hampir berganda jumlah yang disebut atau tweet pada Februari berbanding bulan sebelumnya, melonjak 23,000 sebutan daripada 13,500 dalam tempoh itu.

"Sebutan itu melonjak mengatasi Delta Air Lines dan American Airlines," demikian menurut firma penerbangan tambang rendah itu yang memetik laporan dikeluarkan oleh Eezeer.com, laman web dan rangkaian sosial mudah alih yang menampilkan tweet dan rebiu mengikut lokasi berkaitan pengembaraan.

Ia berkata maklumat perangkaan mengenai penggunaan Twitter dalam industri penerbangan menunjukkan AirAsia berada teratas dalam senarai dalam dua kategori utama.

AirAsia muncul sebagai teratas dalam kategori "Terbaik dalam Kelas" di mana ia diwajarkan melalui jenama syarikat penerbangan terbaik dari segi prestasi dengan angka terbesar semua pertukaran tweet antara sebuah syarikat penerbangan dan penggunanya serta "Airline Listening Champions" yang menyaksikan syarikat penerbangan menerima tweet paling banyak daripada pengguna.

"Laporan itu juga menamakan AirAsia sebagai tiga terbaik dalam kalangan 192 syarikat penerbangan dengan jumlah Twitter dalam kategori "Airline Talking Champions", dengan menghantar tweet paling banyak kepada pengguna, kata AirAsia dalam kenyataan di sini.

Menurut syarikat penerbangan tambang rendah itu, akaun twitter rasmi AirAsia di pelbagai negara mempunyai 514,852 pengikut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan