11 Inisiatif Tingkatkan Pengangkutan Awam Tunjuk Perubahan Ketara

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha mempertingkatkan pengangkutan awam bandar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menunjukkan perubahan ketara dalam memperbaiki keseluruhan kualiti bagi memastikan aspirasi pengangkutan awam menjadi pilihan utama pengguna bandar dan kekal menggunakan perkhidmatan itu.

Menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengangkutan memperkenalkan 11 inisiatif yang terbahagi kepada empat kategori utama - bas, rel, integrasi dan rangkaian berjaya menghasilkan keputusan yang diharapkan.

"Pasukan NKRA menghadapi banyak halangan dalam mencapai sasarannya, tetapi pasukan itu terus bekerja keras untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan dan supaya lebih ramai menggunakan pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang," katanya.

Menurut laporan itu, penggunaan 470 bas RapidKL pada 2011 telah meningkatkan kekerapan bas di sekitar Lembah Klang, iaitu meningkatkan jumlah penumpang kepada 4.04 juta orang menggunakan perkhidmatan bas RapidKL berbanding tahun sebelumnya.

Pelaksanaan Sistem Pembayaran Tiket Bas Baru (NBTS) RapidKL pada Februari 2011, secara drastik berjaya memotong separuh masa beratur penumpang, selain memanfaatkan platform Touch 'n Go, NBTS menggunakan kad tunggal untuk pembayaran.

Berdasarkan pencapaian laluan Bus Ekspressway Transit (BET) yang diperkenalkan pada 2010, Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk menambah tiga laluan baru dan satu laluan percubaan.

Laluan tambahan itu ialah Bukit Beruntung-Pasar Seni, Sri Nilam, Ampang-KLCC dan Semenyih Sentral-Pasar Seni.

Laporan itu berkata laluan BET menawarkan manfaat purata, 30-40 minit penjimatan masa perjalanan, mengurangkan volum trafik di laluan terpilih dan mengurangkan kesesakan di kawasan Daerah Perniagaan Pusat (CDB) dengan bergantung kepada laluan alternatif.

Dalam usaha kerajaan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, penambahan 35 set tren empat gerabak baru Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di laluan Kelana Jaya, telah meningkatkan kapasiti penumpang harian kepada 258,156 penumpang berbanding 254,745 penumpang pada 2010.

Dengan penambahan set tren gerabak pada 2011, tambahan 10.4 juta pengguna menggunakan laluan LRT Kelana Jaya, iaitu hampir 44,170 penumpang ketika waktu puncak.

Bagi pengguna KTM komuter, yang mempunyai 32,000 penumpang ketika waktu puncak pada sebelah pagi, merancang memperkenalkan enam set tren yang mengandungi enam gerabak buatan syarikat Zhuzhou Electric Locomotive Company (ZELC) dari China, yang akan memulakan perkhidmatan pertama empat set tren yang mengandungi enam gerabak pada Mac ini.

Sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan sistem pengangkutan awam pilihan utama pengguna bandar, terminal Pudu Sentral (sebelum ini dikenali sebagai Terminal Bas Puduraya) telah siap sepenuhnya selepas dinaik taraf dan pengubahsuaian terhadap struktur bangunan yang berusia 35 tahun itu.

Ia mempunyai kemudahan moden dan operasi aliran trafik bersistematik serta menawarkan keselesaan yang lebih baik kepada penumpang malah suasana kelam-kabut sebelum ini telah bertukar kepada suasana lebih selesa dan pengalaman perjalanan yang mudah.

Selain Pudu Sentral, Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan (ITT BTS) telah siap sepenuhnya pada 2010, juga dilengkapi kemudahan moden dan mengandungi 55 platform bas, 150 ruang teksi, 1,000 tempat parkir dan 1,800 tempat duduk di dalam terminal berhawa dingin.

Terminal pengangkutan bersepadu ini juga mempunyai banyak kemudahan mesra pengguna termasuk sistem tiket berkomputer serta kemudahan lain seperti restoran dan kedai runcit.

"Pembinaan ITT BTS telah mencapai sasaran kerajaan untuk meredakan kesesakan di CBD," katanya.

Pasukan NKRA yakin untuk mencapai empat kategori utama itu yang memberi tumpuan untuk menambah baik kebolehpercayaan dan masa perjalanan, keselesaan dan kemudahan, mudah didatangi dan dihubungkan, termasuk kebolehsediaan dan kapasiti.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mencadangkan menambah perkhidmatan rel bandar sebagai satu projek pembangunan rel bandar di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Awam. SPAD juga sedang menambah baik Rancangan Induk Pengangkutan Awam bagi Kuala Lumpur/Lembah Klang, yang akan menumpukan kepada rancangan pembangunan untuk teksi, bas, rel bandar, penggunaan tanah, pertukaran/terminal dan pengurusan permintaan perjalanan.

"Untuk merealisasikan harapan UPT NKRA ini, kerjasama rakyat adalah penting. Rakyat mesti mengamalkan pertukaran iaitu mengubah set minda dan memilih pengangkutan awam berbanding bentuk pengangkutan lain.

"Walaupun kerajaan boleh mengambil semua tindakan yang perlu dan menjadikan pengangkutan awam sebagai menarik yang boleh, orang ramai juga harus memainkan peranan mereka dengan meninggalkan kenderaan mereka di rumah atau di tempat parkir yang ditetapkan dan menaiki bas atau rangkaian rel," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan