Sistem Penjagaan Kesihatan Tidak Akan Dilaksanakan Secara Mendadak - Tiong Lai

Diterbitkan: Ahad, 1 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Forum awam di seluruh negara mengenai kajian sistem penjagaan kesihatan kebangsaan bermula hari ini dengan jaminan sebarang cadangan mengenai perkara itu akan dibincang secara telus dan tidak akan dilaksanakan secara mendadak.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa orang awam dan pemegang kepentingan lain supaya menggunakan forum itu bagi menyampaikan pandangan masing-masing dengan tujuan menambahbaik sistem itu.

Kementerian ikhlas dan komited dalam menganjurkan forum itu dan segala maklumat awam akan dikumpul dan diteliti secara telus, katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum itu di sini.

Menurutnya forum di seluruh negara itu akan diadakan sehingga akhir tahun ini dan pihaknya akan memaklumkan secara berkala mengenai forum awam seterusnya.

Liow menegaskan model insurans kesihatan sosial hanya salah satu daripada model dalam kajian dan ia bukan model yang akan dilaksanakan selain kajian terhadap beberapa model lain termasuk skim simpanan dan hibrid serta percukaian.

"Ada beberapa pihak cuba menyamakan sistem 1Care dengan insurans kesihatan sosial. Biar kita lihat kepada model lain," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Liow berkata sistem penjagaan kesihatan yang diguna pakai ketika ini adalah baik tetapi ia perlu melalui transformasi bagi menambahbaik demi menghadapi cabaran masa depan.

Kementerian dijangka menyediakan pelan tindakan mengenai sistem itu menjelang 2014 yang akan diperhalusi semula melalui perbincangan awam sebelum sebarang keputusan dibuat, katanya.

Sementara itu, anggota panel forum, Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) Dr Chandra Muzaffar berkata isu penjagaan kesihatan tidak harus dipolitikkan tetapi perlu ditangani secara matang dan rasional.

Beliau berkata semua pihak perlu melihat kebaikan sesuatu sistem penjagaan kesihatan dan memberi kritikan membina.

Seorang lagi angoota panel, Dr Mahendran Markandoo dari Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, turut menyatakan isu itu tidak harus dipolitikan kerana semua orang berhak mendapatkan akses kepada sistem penjagaan kesihatan yang berkualit. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan