Seminar Akidah Islam Tiada Niat Singgung Agama Lain - Jabatan Mufti Johor

Diterbitkan: Ahad, 1 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seminar mengenai akidah Islam anjuran Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor pada Sabtu tiada niat untuk menyinggung atau memburukkan agama lain seperti didakwa oleh sesetengah pihak, kata Ketua Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Johor Suhaimi Rebu.

Beliau berkata seminar itu sebenarnya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru Pendidikan Islam tentang kepentingan menjaga akidah generasi muda beragama Islam.

"Tujuan kita adalah mendidik dan memberi penerangan tentang bahayanya jika orang Islam tidak peka dengan kepentingan menjaga akidah Islam," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas seminar berkenaan di Dewan Seminar Jabatan Pelajaran Johor, di sini, Sabtu.

Sebelum ini, seminar itu mencetuskan isu apabila sebuah portal pembangkang menyiarkan kenyataan Moderator Belia Majlis Gereja Malaysia (CCM), Chrisanne Chin yang mempertikaikan penganjuran program tersebut kerana didakwa menimbulkan perasaan kurang senang komuniti Kristian di negara ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan