Penyelesaian Politik Secara Berterusan Penting Bagi Selatan Thailand - Najib

Diterbitkan: Ahad, 1 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NANNING (China): Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penyelesaian politik yang berterusan adalah penting bagi mengakhiri insiden letupan bom yang sering berlaku di wilayah selatan Thailand.

Beliau berkata, Malaysia akan terus membantu negara jiranya itu ke arah mencapai penyelesaian politik demi kesejahteraan awam.

Najib berkata demikian kepada wartawan Malaysia di Lapangan Terbang Nanning pada akhir lawatan kerja sehari di sini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Beliau mengulas kejadian letupan bom di bandar Hat Yai pada Sabtu yang menyebabkan 10 orang maut termasuk seorang rakyat Malaysia dan lebih 300 yang lain cedera termasuk 10 rakyat Malaysia.

Mengenai rakyat Malaysia yang berkunjung ke selatan Thailand, Perdana Menteri berkata, beliau sedih kejadian seperti itu berlaku tetapi adalah sukar bagi menghalang mereka daripada terus berkunjung ke sana.

"Walaupun kita menasihatkan rakyat supaya tidak ke sana tetapi ada juga mereka yang mempunyai urusan masing-masing. Jadi kita tidak dapat elak risiko," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan