MP Akan Dapat Laporan PSC Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya Esok

Diterbitkan: Ahad, 1 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya akan diedarkan kepada semua anggota Parlimen (MP) esok.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata bagaimanapun laporan itu dijangka hanya dibentangkan di Dewan Rakyat pada akhir minggu depan.

"Laporan itu adalah menyeluruh dan menyentuh semua isu utama. Sesetengahnya dipersetujui, sesetengahnya tidak. Tetapi anda akan dapat lihat semua itu dalam laporan itu. Tunggu sehingga esok. Kita akan tahu apakah cadangan yang dibuat," katanya semasa dihubungi.

Dr Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata laporan itu mengandungi 22 cadangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

Ia dikumpulkan oleh sembilan anggota PSC pada pendengaran-pendengaran awam dan daripada maklum balas sejak ia memulakan kerjanya pada 2 Oktober tahun lepas.

Lima daripada anggotanya ialah daripada Barisan Nasional (BN), tiga daripada pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS dan seorang anggota Parlimen Bebas.

PSC juga menubuhkan lima jawatankuasa kecil untuk meneliti memorandum yang dihantar terus kepadanya.

Ia menyiapkan kerjanya pada Rabu lalu selepas mengadakan 14 mesyuarat dan enam sesi inkuiri awam.

Dr Ongkili berkata banyak isu telah diberikan pertimbangan oleh jawatankuasa berdasarkan tiga prinsip iaitu kepentingan, kesegeraan dan kebarangkalian pelaksanaannya dibenarkan dalam kerangka undang-undang dan perlembagaan.

Sembilan anggota panel itu dilaporkan telah mencapai persetujuan ke atas 16 daripada 22 isu yang dibangkitkan oleh MP kerajaan dan pembangkang, dan antara isu yang belum diputuskan ialah mengenai tempoh kempen, undi pos bagi pengamal media, undi luar negara dan pembiayaan politik.

Sesetengah anggota dikatakan mahukan tempoh berkempen lebih panjang iaitu 21 hari tetapi sebahagian lagi mahukan hanya 10 hari.

Mengenai undi pos bagi pengamal media, dikatakan sesetengah anggota tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana berpendapat undi pos patut dimansuhkan.

Juga dilaporkan bahawa jawatankuasa itu bersetuju untuk membenarkan pembiayaan politik tetapi modelnya masih belum diputuskan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan