Lawatan Najib Bukan Sekadar Perkukuh Hubungan Malaysia - Myanmar

Diterbitkan: Ahad, 1 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAYPYITAW: Tatkala Myanmar memberikan sambutan permaidani merah kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada lawatannya ke sini baru-baru ini, ia mengharapkan lebih daripada sekadar memperkukuhkan lagi hubungan dua hala. Dan, Najib tidak mengecewakan hosnya, Presiden U Thein Sein.

"Saya berkunjung ke sini bukan untuk menyelesaikan masalah. Saya datang ke sini untuk mencari peluang-peluang yang bermanfaat kepada kedua-dua negara," katanya.

Sebagai membuktikan yang beliau benar-benar serius untuk tujuan itu, Najib telah membawa delegasi 100 anggota, lebih 50 daripada mereka adalah ahli perniagaan dalam pelbagai bidang seperti telekomuniksi, pembuatan, pembalakan, pertanian dan pembinaan.

Najib menyifatkan lawatan dua hari beliau ke Myanmar yang sedang melakukan pelbagai pembaharuan, sebagai tepat pada masanya dan telah membuahkan hasil yang positif, dengan beberapa pendekatan telah dikenal pasti untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara dua sahabat dan telah membuka ruang kepada beberapa sektor baru.

Najib berkata beliau mendapati Thein Sein seorang yang "mesra, spontan dan berterus terang".

Difahamkan pada mesyuarat delegasi, Thein Sein telah mengeluarkan senarai barangan dan menggesa Malaysia melabur lebih banyak di Myanmar dan menambah nilai industri-industri sedia ada.

Presiden juga mempelawa Malaysia meningkatkan pelaburan dalam industri tambah nilai seperti getah dan sawit, hospitaliti, dan minyak dan gas, di samping menceburi sektor-sektor baru seperti telekomunikasi, farmaseutikal, pelancongan dan pembinaan.

Untuk melancarkan proses pengukuhan hubungan dua hala, Malaysia dan Myanmar bersetuju menubuhkan suruhanjaya bersama, yang dijadual mengadakan mesyuarat pertama di Malaysia pada Jun.

Malaysia dan Myanmar akan, antara lain, mengkaji kemungkinan mengendalikan sebahagian perdagangan dalam mata wang tempatan, berikutan sekatan yang dikenakan ke atas Myanmar.

Prospek mewujudkan cawangan bank Myanmar di Malaysia dan sebuah cawangan bank Malaysia di Myanmar juga sedang dikaji.

Malaysia juga akan mewujudkan pejabat di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) pada pertengahan tahun ini di Myanmar, menyifatkannya sebagai "destinasi panas pelaburan", untuk mempermudahkan perniagaan dan pelaburan Malaysia di negara ini.

Najib dan Thein Sein juga menyentuh mengenai pembaharuan yang berlaku di Myanmar, dan Presiden Myanmar itu memberitahu Perdana Menteri Malaysia bahawa proses itu tidak mungkin dibalikkan semula kepada keadaan sebelum ini.

"Saya berpendapat presiden amat komited dan perjalanan ini (pembaharuan) tidak akan diubah," kata Najib.

Najib juga memberikan jaminan kepada Thein Sein bahawa Malaysia akan cuba menyakinkan negara-negara maju untuk menyemak semula sekatan yang dikenakan ke atas Myanmar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan