Chor Mahu Syarikat Konsesi Urus Sampah Laksana Kerja Dengan Efisien

Diterbitkan: Ahad, 1 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung pada Ahad mengingatkan syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal agar membaiki kualiti perkhidmatan atau kontrak mereka dibatalkan.

Beliau berkata sejak kebelakangan ini kementeriannya menerima aduan daripada orang ramai mengenai pelaksanaan tugas yang tidak memuaskan oleh syarikat yang dilantik berbuat demikian.

Kerajaan pusat membayar mereka RM500 juta setahun, justeru kelemahan seperti jadual pungutan sampah dari rumah serta pembersihan awam harus diperbaiki, katanya kepada media selepas melancarkan talian bebas tol aduan sisa pepejal dan pengagihan tong sampah di Taman Wira Mergong di sini.

Katanya tiga syarikat terbabit iaitu E-idaman Sdn Berhad (wilayah utara), Alam Flora Sdn Bhd (wilayah tengah) dan Southern Waste Management (selatan) diberi konsesi secara rasmi September lepas.

"Saya mahu mereka lebih serius meningkatkan kecekapan perkhidmatan mereka," katanya.

Chor berkata pihaknya mempunyai 1,560 penguatkuasa yang memantau kerja tiga syarikat terbabit dan jika didapati tidak memuaskan kerajaan akan membatalkan kontrak mereka dan menyerahkannya kepada pihak lain. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan