Ahli Umno Perlu Buang Sindrom Kecewa Hingga Sanggup Kritik Parti - Tengku Adnan - Berita Semasa | mStar

Ahli Umno Perlu Buang Sindrom Kecewa Hingga Sanggup Kritik Parti - Tengku Adnan

Diterbitkan: Ahad, 1 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa anggota Umno supaya segera menjauhi sindrom kecewa akibat tidak mendapat sesuatu yang dihajati sehingga sanggup mengkritik parti.

Beliau berkata sindrom kecewa itu dibimbangi akan memudaratkan parti sehingga menyebabkan kelahiran golongan 'anai-anai' atau 'gunting dalam lipatan' di kalangan anggota parti sedangkan mereka seharusnya meneruskan perjuangan Umno dan bukannya terus dikuasai rasa kecewa.

"Ada yang maki Umno. Kata Umno ini busuk kerana mereka kecewa tidak dapat jawatan (dalam parti) atau barangkali kecewa tidak dapat rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia. "Ada juga yang kecewa tidak dapat projek, kecewa tidak dapat jumpa Perdana Menteri. Inilah masalah bangsa kita kerana ada sindrom kecewa ini," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-Cawangan Berkelompok Umno Bahagian Putrajaya di sini, Sabtu.

Tengku Adnan yang juga anggota Parlimen Putrajaya turut menasihatkan anggota Umno supaya tidak terlalu mementingkan jawatan dalam parti, sebaliknya memfokuskan kepada persediaan menghadapai pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Berhentilah daripada soal siapa nak jadi ketua bahagian, siapa nak jadi timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua Pemuda, ketua Wanita. Berhentilah daripada bertelagah sesama sendiri kerana jawatan," kata beliau. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan