14 Terbunuh, 340 Cedera Pengeboman Di Selatan Thailand

Diterbitkan: Ahad, 1 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HAT YAI: Pemberontak Islam yang disyaki melakukan serangan paling berbahaya di selatan bergolak Thailand pada Sabtu, sehingga kini membunuh 14 orang dan mencederakan 340 dengan bom kereta, dengan menyasarkan pembeli dan hotel yang sering dikunjungi pelancong asing.

Bahan letupan pertama diletakkan di dalam sebuah trak pikap yang melalui kawasan restoran dan kedai-kedai di kawasan yang sibuk di bandar Yala, hab komersial utama wilayah bergolak selatan Thailand, kata Ketua Polis Daerah Kol Kritsada Kaewchandee.

Kira-kira 20 minit kemudian, ketika orang ramai berkumpul, letupan bom kereta kedua meletup, menyebabkan banyak mangsa tercedera.

11 orang terbunuh dan 110 cedera akibat letupan tersebut.

Lebih daripada 5,000 orang telah terbunuh di tiga di wilayah selatan Thailand - Narathiwat, Pattani dan Yala - sejak pemberontakan Islamis pada Januari 2004.

"Ini adalah serangan terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini," kata Kol Pramote Promin, timbalan jurucakap agensi keselamatan serantau.

"Pemberontak yang disyaki telah menyasarkan nyawa orang ramai. Mereka (memilih) kawasan komersial yang sibuk, jadi mereka mahu mencederakan orang ramai."

Kebanyakan serangan adalah pengeboman kecil-kecilan atau tembakan yang menyasarkan tentera, polis dan pihak berkuasa, tetapi pemberontak yang disyaki juga telah mengadakan serangan besar di kawasan komersial.

Letupan juga berlaku pada Sabtu di sebuah hotel di bandar Hat Yai, di wilayah berhampiran Songkhla.

Pegawai mulanya berkata letupan disebabkan kebocoran gas dan tidak berkaitan dengan serangan pemberontak.

Tetapi selepas memeriksa tempat letak kereta bawah tanah di hotel, pihak berkuasa mendapati beberapa kerosakan teruk dan lubang yang terhasil akibat kesan letupan.

Letupan tengah hari di Lee Gardens Plaza Hotel yang mempunyai 405 bilik, di mana ramai pelancong Malaysia dan Singapura meluangkan masa hujung minggu mereka, membunuh tiga orang dan menyebabkan kira-kira 230 kecederaan, kebanyakannya akibat terhidu asap, kata polis Lt. Puwadon Wiriyawarangkun.

Ketua Polis Serantau Leftenan Jeneral Jakthip Chaijinda berkata kejadian di Hat Yai "mungkin berkaitan dengan apa yang berlaku di Yala dan mungkin telah diplotkan oleh kumpulan pemberontak yang sama."

Polis berkata letupan yang berlaku di tingkat bawah tanah hotel merebak ke saluran paip gas memasak bangunan, menyebabkan kebakaran merebak ke tingkat atas dan memerangkap ramai orang di dalam bilik mereka sehinggalah penyelamat datang.

Salah satu kematian dikenal pasti sebagai pelancong Malaysia.

Sebuah restoran McDonald di tingkat bawah hotel telah mengalami kerosakan teruk kesan letupan.

Hotel ini juga menjadi sasaran pada tahun 2006, apabila empat orang, termasuk seorang lelaki Kanada, telah terbunuh oleh enam bom yang ditanam di jalan utama Hat Yai.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan