SMS Speaker Bukti Kerajaan Selangor 'Caca Marba' - Noh

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Teng Chang Khim menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS)kepada Exco pada persidangan DUN, membuktikan kerajaan pakatan pembangkang itu ketika ini berada dalam keadaan "caca-marba".

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mendakwa tindakan Teng itu jelas menunjukkan kesemua pemimpin kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu termasuk Menteri Besar dan anggota Exco tidak tahu mengenai peranan masing-masing.

"Seharusnya perkara sebegini tidak berlaku tetapi apabila semua pihak dalam kerajaan pakatan tidak tahu peranan masing-masing dan semua mahu tunjuk pandai, ini yang terjadi.

"Tindakan (menghantar SMS) tersebut seterusnya merendahkan serta satu penghinaan terhadap kebolehan Exco, seolah-olah Exco ini tidak tahu buat kerja sehingga terpaksa Speaker pula yang memberi arahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Larian 'Secupak Budi, Sepenuh Hati' anjuran Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) di sini, pada Sabtu.

Pada sidang DUN Selasa lepas, Teng menghantar SMS meminta semua anggota Exco kerajaan negeri "menggunakan peluang secukupnya" untuk menjelaskan kejayaan kerajaan negeri itu memerintah Selangor selama empat tahun dalam sesi penggulungan perbahasan.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata perkara tersebut juga berlaku kerana kerajaan negeri pimpinan PKR itu tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang boleh dibanggakan.

"Bila tiada point untuk dia (Menteri Besar) mahu cakap yang boleh dimaklumkan di dalam dewan mengenai kejayaan pembangunan yang dicapai oleh kerajaan negeri, jadi speaker pula terpaksa bagi tunjuk-ajar apa yang perlu dicakap," katanya.

Pada majlis itu, Noh turut menyampaikan cek bernilai RM184,231.15 sumbangan Bernas kepada lima buah rumah anak-anak yatim di sekitar Kuala Selangor.

Wang sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan Bernas melalui kempen tanggungjawab sosial korporatnya iaitu program 'Secupak Budi, Sepenuh hati' yang dilancarkan pada Julai tahun lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan