Sistem Pendidikan Di Malaysia Lebih Baik Berbanding Negara-Negara Maju: Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Generasi muda di Malaysia mendapat pendidikan lebih baik berbanding negara-negara maju yang lain berdasarkan laporan daya saing global, Forum Ekonomi Dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, menerusi laporan tersebut, Malaysia menduduki ranking ke-14 antara 142 negara dalam kualiti pendidikan dan kedua di rantau Asean.

"Kepada sesiapa yang datang kepada saya mengadu mengenai sistem pendidikan kita, nampaknya laporan itu bertentangan dengan dakwaan mereka.

"Tambahan pula, laporan itu turut menyatakan bahawa generasi muda kita menerima pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman," kata Muhyiddin pada Karnival Pengajian Tinggi Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau turut mengulangi komitmen kerajaan bahawa setiap rakyat perlu menikmati pendidikan yang murah dan berkualiti.

"Hanya dengan pendidikan berkualiti boleh meningkatkan daya intelektual dan keupayaan modal insan sebagai teras ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan