Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Didakwa Miliki PhD Palsu

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Yap Sin Tian
Yap Sin Tian

PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah China (Dong Zong), Dr Yap Sin Tian didakwa membeli ijazah kedoktoran (PhD) palsu di Internet.

Penulis blog ‘Stop The Lies’ mendakwa dia mempunyai cukup bukti bahawa Yap membeli ijazah tersebut dan beliau telah memperdaya ramai pihak terutamanya dalam isu melibatkan pendidikan Cina di negara ini.

"Dalam tempoh beberapa tahun beliau (Yap) telah memperdaya orang ramai termasuk beberapa ahli kumpulan pendidikan Cina berhubung kelayakannya yang palsu.

"Beliau dengan bangga telah mempamerkan resumenya di laman web, Oriental Strategy Research Centre yang di mana beliau juga merupakan pengarah di sana,” kata penulis blog tersebut dalam entri terbarunya, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, penulis tersebut berkata Yap didakwa mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Southern Cross, Australia pada 1999.

"Selain itu, Yap turut mendakwa beliau mempunyai dua lagi, PhD dari Universiti Kesington Amerika Syarikat pada 1993 dan ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan pada 1991 di universiti yang sama.

"Semakan kami mendapati Universiti Kesington tidak mempunyai bilik kuliah, tiada makmal mahupun asrama. Ini adalah satu perkara yang pelik. Universiti tersebut hanya memiliki sebuah pejabat kecil di Glendale, California,” katanya.

Bukan itu sahaja, penulis blog tersebut mendakwa universiti berkenaan membenarkan pelajarnya mendapat ijazah sarjana muda hingga PhD tanpa perlu hadir dalam sebarang kelas.

"Universiti berkenaan turut didapati mengambil pelajar yang tidak layak dan mereka dikurniakan ijazah kedoktoran dengan hanya membaca majalah dan membuat beberapa laporan ringkas daripada surat khabar.

"Pihak pengurusan juga mengurniakan PhD dengan tempoh belajar yang singkat selama empat bulan sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, penulis tersebut berkata pihak berkuasa California telah menutup universiti berkenaan pada 1996, selepas mendapat perintah mahkamah.

"Ini jelas menunjukkan Yap secara bangga telah memaparkan PhD yang palsu. Laporan mengenai isu universiti ini dipaparkan dalam Los Angles Times.

"Justeru mereka yang meminati Yap perlu bangun dan membuat kajian mengenai karakter individu ini. Maklumat mengenainya sangat mudah diperolehi anda hanya perlu membuat carian di Internet,” ujar penulis tersebut.

Dalam kes ini, penulis mendakwa Yap bukan sahaja memiliki satu malah dua PhD palsu daripada universiti yang tidak diiktiraf dan telah pun ditutup oleh pihak berkuasa.

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan