MBSB Beri Pinjaman RM500 Juta Melalui 'Skim Rumah Pertamaku MBSB'

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia Building Society Bhd (MBSB) menyasarkan untuk mengeluarkan pinjaman berjumlah RM500 juta melalui kempen yang baru dilancarkannya, "Skim Rumah Pertamaku MBSB", tahun ini.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Zaini Othman, berkata, jika skim yang disasarkan kepada pembeli rumah kali pertama ini mendapat sambutan yang baik, MBSB menetapkan sasaran untuk menambah jumlah pinjaman itu kepada RM1 bilion.

Beliau berkata skim ini diadakan untuk membolehkan warga Malaysia yang layak dan berusia 35 tahun ke bawah membeli rumah pertama mereka dengan harga siling RM500,000 pada margin pembiayaan 100 peratus, di samping menawarkan pengecualian bayaran pendahuluan yang biasanya dikenakan sebanyak 10 peratus.

"Kami berharap ini dalam melegakan kumpulan sasaran yang kebanyakannya pendatang baharu dalam tenaga kerja dan berhadapan dengan cabaran kos sara hidup dan harga harta yang semakin meningkat di negara ini. "Skim ini tentunya untuk menyokong seruan kerajaan dan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan generasi muda di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Skim Rumah Pertamaku" itu.

Mengenai satu perkembangan lain, Ahmad Zaini berkata, MBSB bergerak lancar untuk mencapai matlamatnya untuk mewujudkan sebuah bank pembangunan perkhidmatan penuh.

"Selama tiga tahun yang lalu, kami berusaha menutup beberapa jurang perbezaan. Kami memerlukan kelulusan-kelulusan tertentu daripada Bank Negara dan pengesahan pemegang saham untuk meneruskan usaha.

"Ini mungkin dicapai tahun ini atau tahun depan. Kalau tengok produk kami, kami menawarkan produk kewangan yang sama seperti bank-bank.

"Jurang-jurang itu kini amat kecil. Kami akan terus berusaha untuk meyakinkan pemegang saham, bank pusat dan pihak-pihak berkuasa," tegasnya.

MBSB yang ditubuhkan pada 1950 ialah sebuah syarikat kewangan terkecuali, manakala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Bhd merupakan dua pemegang saham utamanya.

Ahmad Zaini juga berkata MBSB merancang untuk membuka tujuh hingga lapan cawangan di seluruh negara tahun ini.

Pada masa ini MBSB mempunyai 36 cawangan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan