Lebih 1,700 Guru Tabika Perpaduan Akan Miliki Diploma Dalam Tempoh Tiga Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seramai 1,723 guru Tabika Perpaduan di seluruh negara akan memiliki diploma perguruan dalam tempoh tiga tahun ini dan akan dinaikkan ke gred S27 (kontrak) berbanding S17 sekarang.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Datuk Azman Amin Hassan berkata, setakat ini kira-kira 200 telah menamatkan pengajian, manakala 500 lagi sedang mengikuti pengajian di institusi terpilih.

JPNIN juga akan berunding dengan kementerian agar menaikkan had umur layak menyambung pengajian daripada 45 kepada 48 tahun, bagi membolehkan mereka yang berusia melebihi 45 tahun turut berpeluang mendapat kenaikan gred, katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

"Saya berharap dengan kenaikan gred baru yang dipersetujui kerajaan membolehkan guru-guru Tabika Perpaduan di seluruh negara bekerja keras dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan awal persekolah kepada kanak-kanak dengan cemerlang," katanya.

Katanya seramai 27 daripada 103 guru Tabika Perpaduan di Kedah telah menamatkan pengajian diploma sekali gus berpeluang ke gred baharu yang telah ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau berkata pihaknya juga sedang berbincang dengan kementerian bagi membolehkan pembantu guru tabika yang kini di gred N1 berpeluang naik ke N11 tidak lama lagi.

Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama, berkata teknik pembelajaran di tabika juga telah berubah seiring dengan peredaran semasa apabila kanak-kanak didedahkan dengan tayangan multimedia untuk mempelajari sesuatu dan turut menggunakan bahasa Inggeris.

Projek perintis itu yang dilaksanakan di Tabika Perpaduan Hulu Langat, Selangor didapati berjaya menarik minat kanak-kanak untuk belajar serta memahaminya dan akan turut dilaksanakan di seluruh negera dalam masa terdekat.

"Saya tak mahu kanak-kanak yang keluar dari Tabika Perpaduan ketinggalan dan tidak tahu membaca setelah mereka masuk ke darjah satu nanti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan