Kerajaan Selangor Teliti Semula Pelan Pembangunan Untuk Tangani Banjir - Abdul Khalid

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Kerajaan Selangor akan meneliti semula semua pelan pembangunan di Klang berdasarkan kejadian dataran banjir 50 tahun.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ini bagi membantu kerajaan negeri mejangkakan senario banjir paling buruk dalam tempoh 50 tahun akibat hujan lebat dan air pasang.

"Sebagai permulaan kita akan meneliti pelan pembangunan di Klang yang mesti lulus ujian kejadian dataran banjir 50 tahun.

"Langkah ini perlu susulan beberapa kejadian banjir kilat yang melanda Klang hari ini iaitu di Kampung Delek, Teluk Gadong, sebahagian Pandamaran, Kota Shah Alam, Selat Kelang dan Taman Seri Andalas," katanya pada sidang media selepas taklimat keadaan banjir di Kampung Delek, dekat sini.

Dataran banjir adalah kawasan bersebelahan sungai dan anak sungai yang kerap dilanda banjir, manakala dataran banjir 50 tahun merujuk kepada kejadian banjir yang berulang selang 50 tahun.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata beliau telah mengarahkan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya serta Majlis Perbandaran Klang menyediakan kajian terperinci mengenai perkara itu.

Katanya kajian itu akan dijadikan panduan dalam pembangunan tanah di mana kerajaan negeri akan menasihatkan pihak berkenaan tidak membangunkan sesebuah kawasan jika kawasan itu berdepan kemungkinan banjir.

Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak akan memberi pampasan kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir hari ini kerana mereka tidak dilindungi insurans berkaitan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Klang Datuk Bakhtiar Hussin yang turut hadir pada taklimat tersebut, berkata mereka telah memperuntukkan 10 pusat bantuan bagi menempatkan mangsa jika keadaan banjir semakin buruk pada masa hadapan.

Pemangku Presiden Majlis Perbandaran Klang Ehsan Mukri pula menyangkal banjir hari ini berpunca daripada sampah yang tidak dikutip.

"Punca utama ialah hujan lebat. Itu sahaja. Tidak ada kaitan dengan kutipan sampah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan