Jangan Sentuh Sensitiviti Kaum Dan Agama - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak tidak melakukan apa juga perkara yang dilihat boleh menyentuh sensitiviti kaum dan agama di negara ini.

Beliau berkata ianya merupakan satu prinsip yang perlu dipatuhi dan dihormati oleh semua pihak di negara ini.

"Apa pun, kita tidak hendak (perkara sentuh sensitiviti kaum dan agama) jadi punca salah faham antara penganut pelbagai agama di negara kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Bersama Peneroka Gugusan Bera di Felda Triang 3, dekat sini, Sabtu.

Najib berkata demikian sebagai mengulas gesaan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) dalam sebuah portal berita hari ini yang merayu Perdana Menteri supaya tidak membenarkan mana-mana pihak menganjurkan seminar yang boleh mengancam penyebaran agama lain di Malaysia.

Jabatan Pelajaran Johor hari ini dilaporkan mengadakan seminar berkaitan pengajian Islam kepada guru-guru sekolah dengan memfokuskan kepada isu penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam. Perdana Menteri berkata: "Kita boleh bincang berkenaan soal akidah, tapi tidak boleh tidak sensitif pada pihak lain, sama ada orang Islam kepada bukan Islam, atau orang bukan Islam kepada Islam".

Dalam pada itu, beliau berkata perkara yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama boleh diselewengkan atau dijadikan isu politik oleh pihak-pihak tertentu.

"Maklum sahajalah dekat pilihan raya, semua perkara boleh diselewengkan atau boleh dipusingkan menjadi isu politik, sebab itulah kena berhati-hati dalam perkara ini".

Mengenai program World Earth Hour 2012, Perdana Menteri berkata Malaysia menyokong sebarang usaha yang dibuat di peringkat antarabangsa dalam usaha mengurangkan pemanasan global.

Malaysia juga telah mengambil pelbagai langkah dalam usaha mengurangkan pemanasan global, katanya dan menurutnya "World Earth Hour akan berlangsung malam ini bermula 8.30 hingga 9.30 malam, Seri Perdana juga akan mengurangkan penggunaan elektrik".

Najib berkata semua agensi kerajaan juga telah diminta meminimumkan penggunaan elektrik bagi menyokong sepenuhnya kempen berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan