Isu Bayan Baru Mutiara: Umno P. Pinang Beri Guan Eng Dua Minggu

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Umno Pulau Pinang memberi tempoh dua minggu kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk memberikan jawapan tepat berhubung isu penjualan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata pihaknya akan menimbang tindakan injunksi mahkamah atau langkah lain bagi menghalang pembangunan di tanah itu jika Lim gagal memberi jawapan yang konkrit dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata Ketua Menteri itu hanya perlu memberi jawapan berdasarkan fakta tanpa sebarang putar belit, iaitu sama ada kerajaan negeri telah menjual ataupun tidak tapak masjid dan sekolah tersebut.

"Senang saja (Lim) beritahu kata tapak masjid Bayan Mutiara kekal. Luasnya lima ekar... akan dibina bila. Akan diserahkan kepada MAIPP (Majlis Agama Islam Pulau Pinang), akan dikategorikan sebagai wakaf. Senang saja, tidak payah susah-susah.

"Rakyat cuma nak tahu ada atau tidak... tapak masjid sudah hilang, belum. Kalau ada (tapak masjid) syukur Alhamdulillah. Tapi, kalau tidak ada, Umno Pulau Pinang tidak akan kompromi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya Komuniti 1Malaysia di sini, Sabtu.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri seharusnya menitikberatkan kehendak rakyat dalam melaksanakan sesuatu pembangunan selain mengambil kira keseimbangan kerohanian dan riadah.

"Kita kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat. Kalau mandat oleh rakyat kita kena seimbang semua agama, semua kaum. Kalau ada masjid dulu lima ekar, sekarang ni lima ekar untuk masjid, 97 ekar lagi binalah pembangunan dan perumahan. Tapak sekolah untuk penduduk di situ juga perlu disediakan," katanya.

Mengulas hasrat Lim untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pemuda Umno negeri Shaik Hussein Mydin berhubung isu itu, beliau berkata langkah itu tidak menggambarkan demokrasi.

Zainal Abidin berkata sebagai pemimpin sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi, Lim seharusnya bersifat terbuka dengan menjawab segala persoalan secara profesional sebagai Ketua Menteri, dan bukan melihat perkara itu sebagai serangan peribadi.

Kontroversi Bayan Mutiara timbul selepas kerajaan negeri bersetuju menjual tanah seluas 41.5 hektar kepada pemaju persendirian, Ivory Properties, dengan harga RM1.07 bilion.

Tanah itu dianggap amat bernilai dan lokasinya adalah strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan