Delegasi Malaysia Sedia Laksana Peranan Pemerhati

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YANGON: Anggota delegasi Malaysia kini siap sedia untuk memulakan tugas pemerhati bersama pasukan antarabangsa dalam pilihan raya kecil di Myanmar pada Ahad.

Pasukan itu terdiri daripada dua anggota Parlimen, seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, tiga pegawai dari kedutaan Malaysia di Myanmar dan petugas dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Mereka akan memerhati proses pengundian bagi mengisi 45 kerusi yang dikosongkan oleh pembuat undang-undang yang telah dilantik mengisi jawatan menteri dan jawatan-jawatan eksekutif lain dalam kerajaan.

Duta Besar Malaysia ke Myanmar Dr Ahmad Faisal Muhamad, seorang daripada pemerhati berkata persediaan telah dibuat untuk mereka pergi ke kawasan-kawasan pilihan raya yang dikenal pasti pada Ahad.

"Kami sedia untuk turun padang bagi memulakan tugas," kata beliau.

Pasukan Malaysia mengadakan mesyuarat dan taklimat pada Jumaat sebagai persediaan untuk menjalankan tugas.

Beberapa kawasan yang akan dilawatinya adalah dalam wilayah Hlegu dan Minglataungnyunt di Yangon.

Myanmar telah mengundang rakan-rakan Aseannya, termasuk Malaysia, dan beberapa negara lain untuk memerhati pilihan raya kecil itu, yang membayangkan perkembangan dalam usaha reformasi negara itu.

Selepas enam dekad pemerintahan tentera, Myanmar kini bergerak pantas dalam usaha pendemokrasian negara di bawah Presiden U Thein Sein.

Menteri Luar Myanmar Wunna Maung Lwi mengadakan taklimat mengenai pilihan raya itu kepada lebih 100 pemerhati dan diplomat yang diundang pada Khamis di Yangon.

Beliau dilaporkan memberitahu bahawa mereka boleh pergi ke mana-mana kawasan pilihan raya yang mereka mahu untuk menyaksikan pilihan kecil itu.

Pilihan raya itu mungkin membuka ruang kepada kemunculan kembali pemenang hadiah Nobel Aung San Suu Kyi dalam politik.

Suu Kyi, pemimpin parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), bertanding di satu kerusi dekat Yangon. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan