ATM Sasar 200,000 Askar Wataniah Menjelang 2020

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyasarkan keanggotaan Askar Wataniah (AW) akan mencapai 200,000 orang menjelang tahun 2020, kata Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Zulkiple Kassim.

Beliau berkata ATM komited untuk menambah kekuatan anggota AW di seluruh negara yang pada ketika ini berjumlah 100,000 anggota dengan nisbah satu anggota anggota tetap kepada satu anggota sukarela.

"Kemasukan AW tidak terhad dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Saya menyeru anak muda untuk menyertainya bagi melengkapkan sistem pertahanan negara," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran Kompeni Askar Wataniah Felda Peringkat Terengganu di Sekolah Menengah Bandar Ketengah Jaya di sini, Sabtu.

Beliau sebelum itu memeriksa perbarisan Rejimen 512 Askar Wataniah terdiri daripada 145 anggota AW generasi Felda dari seluruh Felda di Terengganu.

Ini merupakan kompeni ketiga AW Felda selepas pelancaran Kompeni pertama oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Gedangsa, Selangor 12 Feb lalu.

Zulkiple berkata usaha Gabungan Wawasan Generasi Felda yang menarik anak-anak peneroka menyertai AW perlu dipuji kerana usaha ini melengkapkan tiga daripada 10 kompeni Askar Wataniah Felda di seluruh Negara.

Menjelang hujung tahun ini, ATM bakal disertai 10,000 anggota tambahan terdiri daripada golongan peneroka Felda melibatkan 10 kompeni AW di seluruh Negara. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan