40,000 Telefon Awam Di Sekolah Bakal Nikmati Perkhidmatan Panggilan Percuma Talian Nur 15999

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: ebanyak 40,000 telefon awam di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara bakal dilengkapi perkhidmatan panggilan percuma Talian Nur 15999 mulai Jun ini secara serentak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Shahrizat, yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno, berkata inisiatif ini selaras dengan usaha berterusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi memelihara keselamatan kanak-kanak serta remaja yang menghadapi permasalahan sosial.

"Ini adalah peningkatan perkhidmatan yang diberikan di bawah kementerian khususnya untuk kumpulan sasaran kita seperti orang kurang upaya (OKU), wanita, keluarga, kanak-kanak serta warga emas melibatkan isu kebajikan dan pembangunan sosial.

"Kita mahu memberi penekanan kepada aduan-aduan yang dibuat oleh kanak-kanak kerana kementerian telah menggabungkan 'child line' dengan Talian Nur 15999 bagi memastikan kanak-kanak lebih mudah menghubungi talian tersebut dan kita beri secara percuma," katanya kepada pemberita selepas merasmikan KAR1SMA Komuniti KPWKM 2012 di sini, Sabtu.

Mengenai kemungkinan perkhidmatan itu disalahgunakan, beliau tidak menolak perkara tersebut akan berlaku, namun kementerian sudah bersedia untuk menghadapi serta menangani pelbagai kerenah pemanggil talian itu.

Katanya apa yang penting kementerian ingin memberi ruang kepada kanak-kanak kerana golongan ini memerlukan perhatian yang lebih daripada semua pihak dan menasihati mereka agar tidak mensia-siakan kemudahan yang diberikan kerajaan.

Talian Nur 15999 yang dilancarkan pada Disember 2007 oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, beroperasi 24 jam setiap hari dan berfungsi sebagai pusat panggilan bersepadu yang bertanggungjawab terhadap semua pertanyaan, aduan serta permohonan khususnya berkaitan aspek kebajikan dan sosial di bawah KPWKM.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh operator terlatih daripada pelbagai bangsa yang boleh melayani panggilan dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil bagi memudahkan pengadu membuat aduan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan