Tender PFN: Pembangkang Persoal Status NFCorp

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangkang mempersoalkan status syarikat National Feedlot Corporation (NFCorp) yang bertanggungjawab mengendalikan Pusat Fidlot Nasional (PFN) selepas kerajaan mengumumkan pembukaan tender bagi mengambil alih projek ternakan lembu berkenaan.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, kerajaan perlu menjelaskan mengenai status kontrak perjanjian antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat itu.

"Dengan pembukaan tender ini, adakah bermakna kementerian telah menamatkan perjanjian dengan NFCoorp?

"Namun sekiranya masih belum ditamatkan, adakah kerajaan sudah melanggar perjanjian yang ditetapkan sebelum ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Selain itu Pua turut menggesa Kementerian Kewangan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menuntut pembayaran balik pinjaman dana awam bernilai RM250 juta daripada NFCorp apabila syarikat berkenaan tidak lagi mengendalikan projek tersebut.

"Kedua-dua kementerian ini perlu tuntut semula pinjaman yang diberikan kepada NFCorp," katanya.

Selasa lalu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengumumkan kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging PFN.

Pembukaan tender baru itu bagi memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Isu PFN berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan