Raja Ashman Rendah Diri, Berjiwa Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Allahyarham Raja Ashman
Allahyarham Raja Ashman

IPOH: Almarhum Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, 54, semasa hayat baginda merupakan seorang raja yang rendah diri dan berjiwa rakyat.

Dilahirkan pada 28 Disember 1958 di Pulau Pinang, baginda merupakan anakanda ketiga Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Raja Yong Sofia.

Baginda berkahwin dengan Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin, 53, pada 26 September 1991 dan dikurniakan seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah, 20, serta dua puteri Raja Eminah Alliyah, 18, dan Raja Bainunisa Safia, 17.

Baginda yang berpendidikan tinggi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari University of Nottingham, Britain pada tahun 1981 diikuti Diploma Pentadbiran Undang-undang Perniagaan University of London serta Sarjana Undang-undang dari Cambridge University pada tahun 1985.

Baginda dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada 11 Mei 1987 diikuti Raja Kechil Tengah Perak pada 10 Mac 1998 dan Raja Kechil Sulung Perak pada 16 Mac 2010.

Semasa hayat baginda, Almarhum aktif dalam sektor korporat dan memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat antaranya selaku Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KKB Engineering Bhd dan Kian Joo Can Factory Bhd.

Baginda juga pernah menjadi Pengarah Eksekutif Kanzen Berhad, Pengerusi Dwitasik Sdn Bhd dan Pengarah Sanyo Industries Malaysia.

Baginda yang juga penyokong setia pasukan hoki negara turut aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan terutama di bawah Yayasan Sultan Azlan Shah.

Baginda telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM) dari kerajaan negeri Perak pada 18 April 1988 yang membawa gelaran 'Datuk Seri'. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan