PTPTN Peruntuk RM5 Bilion Untuk Pinjaman Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM5 bilion bagi tujuan pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi untuk tahun ini.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM3.37 bilion diberikan kepada peminjam sedia ada manakala baki kepada peminjam baru.

Sehingga 29 Feb lepas, jumlah keseluruhan pinjaman PTPTN adalah sebanyak RM43.60 bilion dan melibatkan 1.95 juta peminjam, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa, Guru dan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau, Jumaat.

Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau meminta ibu bapa dan guru duduk semeja berbincang bagi mempertingkatkan pelajaran anak-anak.

"Penubuhan Majlis Permuafakatan merupakan landasan terbaik dalam menyusun atur bagi meningkatkan lagi bidang pelajaran anak-anak terutamanya di peringkat sekolah rendah dan menengah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan