NGO Felda Serah Memorandum Sokongan Penyenaraian FGVH Kepada PM

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tujuh NGO Felda pada Jumaat menyampaikan memorandum tanda sokongan kepada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Memorandum itu disampaikan oleh wakil mereka Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Anuar Abdul Manap kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Antara mesej utama memorandum itu ialah generasi baru Felda memberikan sokongan padu terhadap langkah penyenaraian, menolak segala campur tangan serta hasutan daripada pihak luar dan mendesak usaha penyenaraian dapat disegerakan.

Sementara itu Ahmad ketika ditemui pemberita berkata penyenaraian akan diteruskan, dijangka akan dilaksanakan pada Jun depan dan segala persiapan mengenai penyenaraian sedang giat dilaksanakan.

"Walaupun terdapat gangguan yang lebih bermotifkan politik daripada pihak pembangkang dan terlewat sikit daripada jadual asal iaitu Mei, ia akan diteruskan," katanya.

Ini kerana proses penyenaraian itu juga menurutnya mendapat maklum balas positif sebahagian besar masyarakat Felda demi membela nasib peneroka. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan