KTMB Janji Perkhidmatan Komuter Lebih Efisien Mulai Julai

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka menyediakan perkhidmatan komuter lebih efisien sekitar Lembah Klang dengan kekerapan 15 minit mulai Julai ini.

Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan berkata bahawa pada Mei ini KTMB akan menerima lapan set perkhidmatan tren MyKomuter enam gerabak (SCS).

"Sebanyak 38 set tren MyKomuter akan diterima secara berperingkat menjelang Julai ini, dan daripada jumlah itu, 34 set digunakan dan empat set lagi dijadikan sebagai tren penyelenggaraan bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan.

"Setakat ini, KTMB masih lagi mengekalkan kekerapan setiap 30 minit perjalanan setiap stesen dengan penggunaan 29 tren, tujuh set tren MyKomuter, dua set tren Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) enam gerabak, dan sokongan 20 set sistem Unit Tren Elektrik Pelbagai Guna (EMU) yang sedia ada bagi membantu operasi ketika waktu puncak," katanya kepada pemberita bagi menjelaskan Operasi SCS MyKomuter di sini, Jumaat.

Aminuddin berkata pemandu tren bagi sistem MyKomuter ini masih dalam proses penyesuaian dan mereka yang telah dilatih belum mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan set MyKomputer SCS yang baru.

"Ini kerana terdapat beberapa perbezaaan dengan set tren EMU yang lama kerana sistemnya lebih canggih," katanya.

KTMB dalam proses melatih 220 pemandu tren untuk memahirkan mereka daripada segi pengendalian tren itu.

Aminuddin berkata sempena pelancaran tren MyKomuter baru-baru ini, promosi giat dijalankan oleh KTMB dalam usaha menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan itu, antaranya dengan menawarkan perjalanan percuma bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas, Orang Kurang Upaya dan pelajar sekolah beruniform dari Mac hingga September ini.

KTMB turut menyediakan 100,000 baucar bernilai RM2 untuk diberikan sekitar Lembah Klang serta potongan 50 peratus bagi pembelian tiket mingguan dewasa selain 10,000 baucar kepada pelajar institusi pengajian tinggi sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Perak yang berdekatan stesen KTMB sepanjang April ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan