Kerajaan Selangor Teliti Semula Plan Pembangunan Tanggani Banjir

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Kerajaan Selangor akan meneliti semula semua pelan pembangunan di Klang berdasarkan kejadian dataran banjir 50 tahun.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ini bagi membantu kerajaan negeri mejangkakan senario banjir paling buruk dalam tempoh 50 tahun akibat hujan lebat dan air pasang.

"Sebagai permulaan kita akan meneliti pelan pembangunan di Klang yang mesti lulus ujian kejadian dataran banjir 50 tahun.

"Langkah ini perlu susulan beberapa kejadian banjir kilat yang melanda Klang hari ini (Jumaat) iaitu di Kampung Delek, Teluk Gadong, sebahagian Pandamaran, Kota Shah Alam, Selat Kelang dan Taman Seri Andalas," katanya pada sidang media selepas taklimat keadaan banjir di Kampung Delek, dekat sini.

Dataran banjir adalah kawasan bersebelahan sungai dan anak sungai yang kerap dilanda banjir, manakala dataran banjir 50 tahun merujuk kepada kejadian banjir yang berulang selang 50 tahun. Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata beliau telah mengarahkan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya serta Majlis Perbandaran Klang menyediakan kajian terperinci mengenai perkara itu.

Katanya kajian itu akan dijadikan panduan dalam pembangunan tanah di mana kerajaan negeri akan menasihatkan pihak berkenaan tidak membangunkan sesebuah kawasan jika kawasan itu berdepan kemungkinan banjir.

Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak akan memberi pampasan kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir hari ini kerana mereka tidak dilindungi insurans berkaitan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Klang Datuk Bakhtiar Hussin yang turut hadir pada taklimat tersebut, berkata mereka telah memperuntukkan sepuluh pusat bantuan bagi menempatkan mangsa jika keadaan banjir semakin buruk pada masa hadapan.

Pemangku Presiden Majlis Perbandaran Klang Ehsan Mukri pula menyangkal banjir hari ini berpunca daripada sampah yang tidak dikutip.

"Punca utama ialah hujan lebat. Itu sahaja. Tidak ada kaitan dengan kutipan sampah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan