Dewan Rakyat Tolak Usul Bincang Isu Perdagangan Dengan Israel

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Khamis menolak usul untuk membuat ketetapan mengharamkan semua bentuk hubungan dengan Israel, termasuk hubungan perdagangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan itu atas alasan ia telah dibangkitkan sebelum ini, dan pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telahpun memberi penjelasan pada 26 Mac lepas.

"Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(7)(b)," katanya.

Usul itu dibawa oleh Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta dewan membahaskan usul tersebut di bawah Peraturan Mesyuarat 18 bagi menggesa Perdana Menteri menarik balik semua keputusan Jemaah Menteri berhubung perdagangan dengan Israel pada 1996.

Er turut meminta kerajaan mengiktiraf kewujudan Hamas atau parti politik yang dilantik secara demokrasi oleh rakyat Palestin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan