Demonstrasi Tuntut Lim Perjelas Isu Tapak Masjid

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lebih 50 orang ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai demonstrasi secara aman di sini pada Jumaat mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan mengenai dakwaan kerajaan negeri telah menjual tapak masjid di Bayan Mutiara di sini.

Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat dan berkumpul di perkarangan Komtar membawa sepanduk dan kain rentang yang tertulis pelbagai kata-kata desakan.

Antara tulisan yang dilihat ialah 'Kembalikan Tanah Masjid di Bayan Mutiara' ,'Rakyat Mendesak Tanah Masjid Bayan Mutiara Diwakafkan' dan 'Pulangkan Tapak Masjid".

Antara NGO yang terlibat dalam perhimpunan itu ialah Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Anak-anak Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Persatuan Anak Jati Melayu Islam Pulau Pinang dan Badan Bertindak Rakyat Tertindas Pulau Pinang.

Beberapa wakil pertubuhan itu kemudian naik ke Tingkat Tiga bangunan Komtar yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Pembantu Khas Ketua Menteri, Marziah Mohd Mukhtar.

Jurucakap penganjur perhimpunan itu, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata mereka tidak puas hati dengan jawapan 'tiada komen' yang sering diberikan Lim jika isu mengenai tanah itu dibangkitkan.

"Kami minta Ketua Menteri Pulau Pinang dapat memberikan jawapan secara bertulis dalam tempoh tujuh hari. Buktikan slogan 'Competency, Accountability dan Transparency (CAT)' yang selalu dilaungkan oleh kerajaan negeri tidak sekadar retorik politik semata-mata.

"Rakyat berhak tahu perkara sebenarnya," kata Mohd Rizuad ketika ditemui pemberita di lokasi perhimpunan itu.

Kontroversi tanah Bayan Mutiara timbul selepas kerajaan negeri dilaporkan menjual tanah seluas 41.5 hektar itu kepada sebuah syarikat pemaju dengan harga RM1.07 bilion.

Tanah itu dianggap berharga dan lokasinya strategik kerana letak berdekatan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan