Bayaran Visa AS Untuk Bukan Imigran Dinaikkan Bermula 13 April

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bayaran visa wartawan ke Amerika Syarikat (AS) dinaikkan sebanyak US$20 (RM60) bermula 13 April ini, kata Kedutaan Amerika Syarikat di sini.

Kadar itu turut membabitkan visa bagi pelancong, perniagaan, transit, kru, pelajar dan pertukaran pelawat, kata kedutaan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dengan kenaikan itu, kadar baru permohonan visa bagi kategori tersebut ialah US$160 (RM490) berbanding US140 (RM430) sekarang.

"Kadar sekarang tidak memadai untuk menampung kos sebenar memproses visa bukan imigran atas pelbagai sebab," kata kenyataan itu.

Kedutaan itu berkata berkuat kuasa tarikh yang sama, bayaran visa bagi beberapa kategori lain termasuk tunang kepada warga AS akan dikurangkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, orang ramai boleh melayari laman web www.regulations.gov atau www.travel.state.gov selain laman web kedutaan dan konsulat AS. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan