AirAsia Mula Penerbangan Tambahan Harian Ke Vientiane

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan memperkenal penerbangan harian tambahan dalam laluan Kuala Lumpur-Vientiane, mulai 27 Mei, untuk meningkatkan hubungan udara ke Laos.

Dengan penerbangan tambahan ini, kekerapan bagi laluan itu kini meningkat daripada tiga kali seminggu - Selasa, Khamis dan Sabtu - kepada tujuh penerbangan seminggu, kata syarikat itu dalam satu kenyataan, Jumaat.

"Penumpang kini boleh menikmati lebih kemudahan dan pilihan masa penerbangan ke Vientiane dari Kuala Lumpur," kata Ketua Komersial Serantau, Kathleen Tan.

Syarikat penerbangan kos rendah itu menawarkan tambang promosi terangkum semua sebanyak RM139 bagi perjalanan sehala ke Vientiane, dan hanya sah bagi penerbangan tambahan pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Promosi istimewa itu dibuka untuk tempahan mulai hari ini hingga 1 April bagi tempoh perjalanan dari 27 Mei hingga 30 September, 2012. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan